MAJLIS PELANCARAN PROGRAM ISTANA BUDAYA TAHUN 2022

KUALA LUMPUR, Istana Budaya hari ini melancarkan Program Istana Budaya 2022 bertempat di Lambang Sari, bangunan panggung Istana Budaya. Menurut YB. Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dalam ucapan pelancaran, usaha menghangatkan semula aktiviti seni persembahan pentas untuk tahun 2022 perlu dipergiatkan.

Katanya, kewujudan ruang-ruang pementasan di Istana Budaya yang dapat memberi peluang pekerjaan serta kepuasan berkarya kepada penggiat seni, turut menyumbang ke arah kelangsungan ekonomi industri tersebut.

Sebanyak 12 program telah dirancang dan disusun untuk pengisian program Istana Budaya 2022 iaitu lima (5) program terbitan Istana Budaya iaitu “Konsert Lagu Rakyat”, “Konsert Orkestra Simfoni Kebangsaan Peter & The Wolf dan The Carnival of the Animals”, tari “Sulur & Nakasari”, dramatari “Ratu Kuning Langkasuka” dan teater muzikal “Jula Juli Bintang Tujuh”.

Selain itu, program luar yang telah diluluskan untuk pementasan setakat ini adalah “Konsert U.K’s Reunion 25 Tahun”, “Konsert Seniman Negara Dato’ Seri Ahmad Nawab”, “5th Malaysia Golden Global Awards (MGGA)”, “Thunder – Kaleidoscope VI Drumming Festival 2022” serta tiga teater iaitu “Antara Tiga”, “Tanjong” dan “Teater Muzika Moyang Salleh”.

YB Dato’ Sri Hajah Nancy turut mengumumkan insentif pengecualian cukai pendapatan sebanyak 50 peratus ke atas pendapatan berkanun yang diberikan kepada syarikat yang menganjurkan aktiviti kesenian dan kebudayaan, yang diluluskan oleh MOTAC bermula dari tahun 2022 hingga 2025.

Sumber : LAMAN WEB KEMENTERIAN PELANCONGAN, SENI DAN BUDAYA (MOTAC)

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …