LAWATAN KERJA RASMI TIMBALAN MENTERI KESIHATAN 1 KE FORUM STRATEGI & PEMBANGUNAN HOSPITAL MASA HADAPAN TAHUNAN YANG KE-2, TAHUN 2022

KUALA LUMPUR, 29 MAC 2022 – Timbalan Menteri Kesihatan 1, YB Dato’ Dr. Haji Noor Azmi Ghazali telah hadir memberi ucapan dalam Forum Strategi & Pembangunan Hospital Masa Hadapan Tahunan Yang Ke-2, Tahun 2022.

Forum ini membincangkan Pelan Hala Tuju Pemulihan COVID-19 Kebangsaan untuk lebih memahami matlamat dan hasil yang akan dikecapi pada masa hadapan. Dalam krisis pandemik yang berterusan ini, membina daya tahan terhadap wabak COVID-19 merupakan antara langkah kritikal yang boleh dilakukan.

Agensi kerajaan memainkan peranan penting dalam meningkatkan usaha berdaya tahan dan merangka penyelesaian inovatif untuk mengurangkan kesan COVID-19 kepada negara.

Forum ini turut dihadiri oleh Dato’ Prof Dr Adeeba Kamarulzaman Profesor Perubatan dan Penyakit Berjangkit, Universiti Malaya, Dato’ Dr Jacob Thomas, Penasihat Perubatan Kumpulan, Ramsay Sime Darby Healthcare, dan Encik Ahmad Shahizam Bin Mohd Shariff, Pengarah Urusan, KPJ Healthcare Berhad.

Sumber : FB KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …