LATIHAN TEMPATAN SIRI 7 & 8 / 2022

KUALA LUMPUR, Bertempat di Rejimen 515 Askar Wataniah telah diadakan Latihan tempatan Siri 7 & 8/2022 anjuran Batalion Ketiga.

Telah diadakan Senamrobik tempur di Tasik Titiwangsa dan  latihan Senaman Perang padang Kawad Rejimen oleh Jurulatih Jasmani pasukan. Tujuan latihan ini diadakan adalah untuk membina ketahanan fizikal dan stamina pegawai dan anggota sukarela.

Seterusnya adalah kelas teori senjata bantuan yang telah disampaikan oleh pegawai-pegawai sukarela. Latihan ini bertujuan untuk memperkasakan kemahiran pengendalian senjata berat dan anti kereta kebal, melaksanakan aturgerak senjata bantuan di dalam fasa defensif dan ofensif, melatih ketua detasmen di dalam menyokong perancangan atur gerak di peringkat batalion dan kompeni.

Latihan ini diakhiri dengan sesi bergambar. Semoga pegawai dan anggota sukarela yang hadir pada latihan kali ini dapat menambahkan lagi ilmu ketenteraan dan juga ketahanan fizikal masing-masing.

Sumber: FACEBOOK RASMI REJIMEN 515 ASKAR WATANIAH – WP KUALA LUMPUR

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …