KEBUN KOMUNITI SUNGAI BEDAUN JANA PENDAPATAN PENDUDUK

WP LABUAN– Kebun Komuniti yang diusahakan oleh penduduk kampung Sungai Bedaun mampu menjana pendapatan ahli-ahli yang terlibat.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Sungai Bedaun, Rosmani Puteh, kebun yang diusahakan sejak dua tahun lalu itu mendapat permintaan yang baik dari penduduk setempat dan kedai-kedai runcit berhampiran.

“Hasil dari kebun ini akan dijual setiap pagi kepada penduduk kampung terlebih dahulu sebelum dipasarkan di kedai-kedai runcit yang berhampiran, antara jenis sayuran yang ada adalah cendawan, kangkung, pucuk manis, kacang panjang, kacang bendi, kunyit, serai, cili padi dan cili merah.

“Kebun Komuniti itu mendapat bimbingan dan bantuan Jabatan Pertanian dalam bentuk peralatan berkebun seperti mesin kubota, mesin rumput, hos air selain bantuan baja, benih, rumah cendawan dan bongkah cendawan,” katanya yang ditemui baru-baru ini.

Sumber: MalaysiaAktif

#KeluargaMalaysia #MKNLabuan

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …