DSA 2022: KE ARAH ERA BAHARU PERTAHANAN DAN KESELAMATAN

KUALA LUMPUR, 31 Mac 2022 – Menteri Kanan Pertahanan, YB Dato’ Sri Hishammuddin Hussein bersama Timbalan Menteri Kementerian Dalam Negeri II, YB Datuk Jonathan bin Yasin telah merasmikan Majlis Penghargaan dan Pengumuman DSA & NATSEC Asia 2024 sebentar tadi.

DSA & NATSEC Asia 2022 yang akan melabuhkan tirainya hari ini telah diiktiraf di peringkat global sebagai salah satu daripada lima pameran pertahanan dan keselamatan negara terbaik di dunia.

Penganjuran yang berlangsung selama empat hari ini merupakan acara antarabangsa pertama dan terbesar sejak pendemik COVID-19 melanda negara.Dengan menyaksikan pemeteraian kontrak, Memorandum Persefahaman, Surat Perjanjian, Surat Niat dan perjanjian usaha sama bernilai lebih RM6 bilion, ia sekaligus telah dapat mengukuhkan lagi kerjasama serantau dan dua hala antara negara-negara ASEAN dan industri pertahanan dan keselamatan negara secara global.

Selain itu, telah dibuktikan bahawa penganjuran pameran ini telah menerima maklum balas yang positif daripada delegasi VIP dan VVIP serta lebih 1000 syarikat yang telah menyertai pameran antarabangsa ini.

Di akhir perasmian, YB Menteri Kanan Pertahanan telah mengumumkan bahawa DSA dan NATSEC Asia 2024 dijadualkan akan diadakan dari 6 hingga 9 Mei 2024.

Turut serta, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, YBhg. Dato’ Sri Muez bin Abd Aziz; Panglima Angkatan Tentera, YBhg Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi bin Buang TUDM, panglima-panglima perkhidmatan serta pegawai-pegawai Kementerian Pertahanan.

#DSA2022

#NATSECASIA2022

#DSANATSECASIA2022

#DSA2024

#NATSECASIA2024

#DSANATSECASIA2024

#DiplomasiPertahanan

#MinDefUpdate

#MinDefMalaysia

Sumber: FACEBOOK RASMI KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …