ASEAN FOOD & TRAVEL AWARDS 2022 DI KUALA LUMPUR

KUALA LUMPUR, YB Dato’ Sri Hajah Nancy Haji Shukri, Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan (MOTAC) telah hadir merasmikan ASEAN Food & Travel Awards 2022 di Hotel Sheraton Imperial, Kuala Lumpur pada 31 Mac 2022.

ASEAN Food & Travel Awards 2022 meraikan dan memberi ganjaran kepada perniagaan dan individu yang cemerlang dalam industri makanan dan pelancongan di seluruh rantau ASEAN.

Pada 2019, Malaysia mengalu-alukan ketibaan 26.1 juta pelancong dan daripada jumlah itu, 17.89 juta ketibaan adalah dari negara ASEAN, dengan jumlah perbelanjaan RM 86.1 juta. Daripada jumlah ini, RM11 juta atau 13.3% adalah daripada komponen makanan dan minuman.

Turut hadir, YBhg. Dato’ Haji Zainuddin Abdul Wahab, Ketua Pengarah Pelancongan Malaysia, YBhg. Dato’ R. Rajendran, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Media RHA dan Encik Lee Seng Chee, Editor Pengurusan Kumpulan Media RHA.

Sumber : FB RASMI KEMENTERIAN PELANCONGAN, SENI DAN BUDAYA MALAYSIA

Artikel/Berita Terkini

MELAKA BAKAL JADI HAB TEKNOLOGI JERMAN DI ASIA TENGGARA – AB RAUF

Ayer Keroh – Melaka bersedia menjadi pusat pemindahan teknologi Jerman bagi rantau Asia Tenggara menerusi pembangunan Taman Teknologi Jerman (GTP) …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut