PENEBUSAN BAUCAR BUKU SEMARAK MEMBACA 2022 BERI MANFAAT KEPADA 190,000 ORANG PENERIMA

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) melalui Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) dengan kerjasama Persatuan Penerbit Buku Malaysia (MABOPA) telah melancarkan Program Penebusan Baucar Buku Semarak Membaca 2022 yang dirasmikan oleh YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) di Perpustakaan Negara Malaysia (PNM).

Program Penebusan Baucar Buku Semarak Membaca 2022 yang turut disokong oleh Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM), Persatuan Penjual Buku Malaysia (MBA), Majlis Penerbitan Ilmiah Malaysia (MAPIM) dan Shopee adalah merupakan usaha untuk membantu dan meringankan beban rakyat dalam pembelian bahan ilmiah serta menggalakkan perbelanjaan domestik bagi merancakkan semula industri perbukuan negara yang terkesan akibat penularan wabak COVID-19.

YB Dato’ Sri Hajah Nancy dalam ucapannya berkata MOTAC telah memperuntukkan agihan baucar bernilai RM10.00 setiap satu yang akan diedarkan kepada 371 buah kedai buku terpilih yang mengambil bahagian dalam inisiatif ini dalam 3 kategori utama iaitu, 170 kedai buku fizikal, 1 kedai buku dalam talian menerusi E-sentral Ebook Portal dan 200 kedai buku e-dagang menerusi aplikasi Shopee. Ia akan memberi manfaat kepada 190,000 orang penerima dan layak menebus atau menikmati potongan diskaun dengan perbelanjaan minimum sebanyak RM20.00 dan ke atas dalam satu resit transaksi.

Jom tebus baucar diskaun RM10 mulai 1 April hingga 31 Ogos 2022 di 371 buah kedai buku seluruh Malaysia termasuk kedai buku dalam talian terpilih.

Layari laman sesawang www.semarakmembaca.com untuk melihat senarai kedai buku.

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …