AKTIVITI PENGUATKUASAAN KPDNHEP DI SEKITAR PULAU PINANG

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Penguatkuasaan Undang-undang)

Pada 30 Mac 2022 Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Negeri Pulau Pinang telah mengadakan pemeriksaan di sekitar negeri Pulau Pinang seperti berikut:

  • Pemeriksaan Pematuhan SOP PPN Fasa 4, Pemeriksaan Tanda Harga dan Timbang Sukat, Operasi Bersepadu dijalankan di Butterworth dan kawasan Sekitar oleh 3 Pegawai Penguatkuasa KPDNHEP Pulau Pinang bersama 20 Orang Pegawai Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), 10 Orang Pegawai Pihak Berkuasa Tempatan (Ops Tegar) dan 8 Rakan Media yang melibatkan 2 buah premis.

 

  • Pemeriksaan Pematuhan SOP PPN Fasa 4, Pemeriksaan Tanda Harga dan Timbang Sukat, Pemeriksaan Bekalan Minyak Masak dan Pemeriksaan Test Kit Covid yang dijalankan di Bukit Mertajam dan kawasan Sekitar oleh 3 Pegawai Penguatkuasa KPDNHEP Pulau Pinang melibatkan 10 buah premis.

 

  • Pemeriksaan Pematuhan SOP PPN Fasa 4, Pemeriksaan Bekalan Ayam dan Telur Ayam, Bekalan Tepung Gandum, Bekalan Minyak Masak serta Pemeriksaan RTK Test Kit Covid-19 yang dijalankan di premis sekitar Kepala Batas telah dilaksanakan oleh 3 Pegawai Penguatkuasa KPDNHEP Seberang Perai Utara melibatkan 5 buah premis. 2 tindakan kes dihasilkan di bawah Akta Kawalan Harga Dan Anti-Pencatutan 2011 dan 1 kes di bawah Akta Timbang Dan Sukat 1972.

 

  • Pemeriksaan Pematuhan SOP PPN Fasa 4, Pemeriksaan Penentuan Harga Maksimum Ayam & Telur Ayam, Pemeriksaan Bekalan Test Kit Covid-19,Pemeriksaan Tanda Harga & Pemeriksaan Alat Timbang serta pemeriksaan dibawah akta-akta yang dikuatkuasakan di bawah kementerian di premis di sekitar Jalan Penang.Pemeriksaan dilakukan oleh 3 orang pegawai terhadap 41 premis perniagaan.

 

Laporkan salah laku dan aduan di talian :
? e-aduan.kpdnhep.gov.my
? Tel : 04-3840245 / 246 / 247 (KPDNHEP Pulau Pinang)
? Whatsapp : 019-2794317 (Aduan Pengguna)

 

Sumber:

Laman Facebook KPDNHEP Pulau Pinang

 

 

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …