??????? ???????? ????????? ??? ??????? ???? ????? ?????

PUTRAJAYA, Langkah pengesanan awal mampu untuk membantu mengelakkan daripada berlakunya kemudaratan jangka panjang disebabkan oleh penyakit-penyakit tidak berjangkit seperti tekanan darah tinggi, kencing manis dan penyakit berkaitan dengan jantung.

Justeru itu, Jawatankuasa Komuniti Sihat Pembina Negara (KOSPEN) Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Fasa 5 Presint 9 telah bekerjasama dengan Unit Kawalan Penyakit Tidak Berjangkit, Pejabat Kesihatan WP Putrajaya melaksanakan program ini.

Inisiatif ini membuka peluang kepada penduduk KRT untuk menjalani pemeriksaan kandungan gula dalam darah, tekanan darah serta mendapatkan pelbagai maklumat berkenaan pencegahan penyakit-penyakit tidak berjangkit.

Informasi berkenaan gaya hidup sihat turut dikongsikan kepada penduduk KRT. Kerjasama di antara semua pihak terlibat adalah merupakan satu usaha murni demi meningkatkan kesedaran dan kefahaman berkenaan penjagaan kesihatan.

Sumber : FB PEJABAT KESIHATAN WP PUTRAJAYA

Artikel/Berita Terkini

Projek Naik Taraf Gerai Tok Lam

Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Terengganu (ICU JPM Terengganu) bersama Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) terus komited memantau kelancaran projek menaik …

MARDI Perketat SOP Keselamatan Ladang

Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) mengambil langkah segera memperketat Prosedur Operasi Standard (SOP) keselamatan di seluruh stesen penyelidikannya …

PERANGKAAN DEMOGRAFI MALAYSIA, SUKU TAHUN KETIGA 2026

Penduduk Malaysia dianggarkan 34.4 juta pada suku tahun ketiga 2026 berbanding 34.3 juta pada suku tahun ketiga 2025 dengan pertumbuhan …