PUTRAJAYA, Rumah Bebas Asap Rokok (RBAR) adalah sebagai salah satu usaha untuk mempromosi kesedaran berhenti merokok di kalangan komuniti di Putrajaya, para pegawai dari Unit Kawalan Penyakit Tidak Berjangkit, Pejabat Kesihatan WP Putrajaya telah turun padang untuk bersama-sama Jawatankuasa Komuniti Sihat Pembina Negara (KOSPEN) KRT Presint 9 Putrajaya. Sasaran program adalah kepada penduduk sekitar kejiranan tersebut dan sesi penerangan berkaitan dengan berhenti merokok dan RBAR telah disampaikan oleh pegawai dari Pejabat Kesihatan WP Putrajaya.
Semoga usaha ini mendatangkan manfaat kepada penduduk setempat.
Sumber : FB PEJABAT KESIHATAN WP PUTRAJAYA