WALKABOUT PROGRAM JUALAN KELUARGA MALAYSIA PERINGKAT NEGERI KELANTAN PARLIMEN KOTA BHARU

 

KOTA BHARU : YB Datuk Seri Takiyuddin bin Haji Hassan, Ahli Parlimen Kota Bharu dan YBrs. Tuan Azanizam Affendi bin Juri, Timbalan Pengarah KPDNHEP Negeri Kelantan telah membuat sesi walkabout pemantauan Program Jualan Keluarga Malaysia, Parlimen Kota Bharu, Kelantan disini hari ini.
Lokasi diadakan di Perkarangan Maahad Muhammadi, Kota Bharu Kelantan sempena Majlis Pelancaran Keluarga Kota Bharu dan turut hadir bersama Adun Tanjong Mas dan Adun Bunut Payung, Kota Bharu.
Objektif bagi memastikan pengguna dapat menikmati harga yang ditawarkan serta juga dapat membantu rakyat untuk mendapatkan barangan pada harga yang berpatutan dan lebih murah.
Pelbagai jenis barangan termasuk ayam, telur, minyak masak, tepung gandum, barang kering dan barang basah ditawarkan dengan peratusan penurunan harga 15% hingga 25% PJKM kali ini.
PJKM menggalakkan orang ramai di Kawasan Parlimen ini untuk merebut peluang ini dalam merancang pembelian keperluan rumah, seterusnya berjimat dari tawaran yang diberikan.

Artikel/Berita Terkini

PROGRAM JUALAN RAHMAH MADANI

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …

GAYA HIDUP SIHAT

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Gaya …

OPS SAMSENG JALANAN

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Bahagian Siasatan …