PROJEK TAMAN BANDAR TUMPAT MAMPU BANGUNKAN SOSIOEKONOMI RAKYAT – MENTERI BESAR KELANTAN

 

TUMPAT – Menteri Besar, YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob berkata pelaksanaan Projek Taman Bandar Tumpat diharap dapat memberi manfaat yang besar khususnya kepada penduduk tempatan dalam pembangunan sosioekonomi dan pelancongan.
Menurutnya, projek tersebut adalah satu usaha kerajaan untuk memberi kemudahan dan membuka peluang pekerjaan untuk rakyat setempat khususnya bagi menjalankan aktiviti perniagaan.
“Projek Taman Bandar Tumpat berkeluasan 59.30 ekar ini adalah tanah yang ditebus guna hasil daripada projek mendalamkan muara sungai Tumpat oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) yang memperuntukkan belanja RM24 juta. Antara komponen taman-taman kecil yang dicadangkan untuk dibangunkan ialah Dataran Tok Selehong, Taman Kesenian Islam,Taman Budaya,Taman Bunga,Taman Hutan Laut dan beberapa kemudahan sokongan,” katanya ketika merasmikan Majlis Menteri Besar Jjupo Mato dengan Rakyat Peringkat Jajahan Tumpat dan Majlis Pengistiharan Taman Bandar Tumpat, hari ini.
Berhubung projek pendalaman sungai muara Tumpat pula, Ustaz Dato’ Ahmad memaklumkan Kerajaan Negeri berusaha memberi kemudahan dalam meningkatkan hasil nelayan khususnya kepada aktiviti menternak ikan dan hasil laut.

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …