KELANTAN BENAR SOLAT JEMAAH RAPAT SAF MULAI 1 APRIL

 

KOTA BHARU – Semua masjid, surau dan musalla di seluruh negeri ini akan mula solat berjemaah dan Jumaat dengan merapatkan saf berkuat kuasa pada 1 April ini sebaik sahaja peralihan negara ke fasa endemik.

Keputusan ini telah mendapat perkenan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V selaku Ketua Agama Islam Negeri sebagaimana peruntukan Perkara 6 (1) Undang-undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Jumaat.

Aktiviti qiamullail sepanjang Ramadan turut dibenarkan kepada seluruh rakyat di negeri ini. Semua aktiviti-aktiviti lain seperti majlis-majlis zikir, kelas al-Quran, kuliah khas, umum dan lain-lain termasuk program Ihya Ramadan turut dibenarkan beroperasi seperti biasa tanpa penjarakan fizikal. Masjid, surau dan musalla hanya dibenarkan menyediakan menu jamuan berbuka puasa, moreh dan sahur secara bungkus dan diagihkan kepada jemaah untuk dibawa pulang.

Jemaah yang tidak mempunyai apa-apa gejala Covid-19 sahaja dibenarkan hadir manakala jemaah bergejala adalah tidak dibenarkan hadir. Semua jemaah diwajibkan memakai pelitup muka dan diwajibkan membawa sejadah masing-masing serta tidak dibenarkan bersalam antara satu sama lain.

 

 

SUMBER : SINAR HARIAN

Artikel/Berita Terkini

WANITA MENGAKU TAK SALAH SEDIA KHIDMAT KLINIK GIGI HARAM

Seorang wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas dua pertuduhan iaitu menjalankan amalan pergigian dan menyediakan klinik …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut

POLIS TEMBAK MATI 2 PENJENAYAH KES SAMUN, EDAR DADAH DI NILAI

Dua penjenayah bersenjata yang dipercayai terbabit dalam lebih 70 kes samun di tiga negeri mati ditembak polis di kawasan parkir …
Maklumat Lanjut