KUNJUNGAN HORMAT MKN SABAH KE MARKAS 5 DIVISYEN

Kota Kinabalu Sabah 21 Mac 2021 : Pengarah Keselamatan Negeri Sabah, Tuan Noor Alam Khan A Wahid Khan hari ini telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Panglima 5 Divisyen Mejar Jeneral Datuk Mohd Halim Khalid.

Antara perkara yang dibincangkan dalam pertemuan ini ialah langkah langkah strategik bagi mengurus keselamatan negeri Sabah dalam aspek keselamatan sempadan negeri Sabah dan menghalang anasir subversif, provokasi dan sabotaj yang boleh mengancam keselamatan negara khususnya di negeri Sabah.

Selain itu,  kerjasama strategik antara Majlis Keselamatan Negara Negeri Sabah dan Markas 5 Divisyen dapat diperkukuhkan lagi dengan matlamat mempertahankan kedaulatan negara.

Justeru dalam hal ini MKNS sentiasa mengangkat citra kedaulatan negara dan negeri Sabah khasnya bersama agensi keselamatan lain seperti ATM dan PDRM dalam mempertahankan keselamatan dan kedaulatan negara secara komprehensif sejajar konsep Keselamatan Menyeluruh di bawah payung Dasar Keselamatan Negera.

Turut serta dalam kunjungan hormat ini adalah Timbalan Pengarah Keselamatan Negeri, Tuan Norali Ag Damit.

#DKNmy
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#LindungiDiriLindungiSemua
#KeluargaMalaysia
#kitajagakita
#SabahMajuJaya

Artikel/Berita Terkini

MELAKA BAKAL JADI HAB TEKNOLOGI JERMAN DI ASIA TENGGARA – AB RAUF

Ayer Keroh – Melaka bersedia menjadi pusat pemindahan teknologi Jerman bagi rantau Asia Tenggara menerusi pembangunan Taman Teknologi Jerman (GTP) …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut