Talian kecemasan 999 (MERS 999) telah diperkenalkan kepada masyarakat Malaysia mulai 1 Oktober 2007 dengan menggabungkan semua nombor kecemasan iaitu 991, 994 dan 999 ke dalam satu nombor kecemasan. Ia melibatkan agensi Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) melalui motto โSatu Malaysia satu Nomborโ.
Sumber : FB Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia