SOP TERKINI AKTIVITI KEAGAMAAN MASJID DAN SURAU DI PULAU PINANG BAGI FASA ENDEMIK MULAI 1 APRIL 2022

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Pengurusan Pandemik)

PULAU PINANG, 24 Mac 2022 – Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang (JHEAIPP) telah mengeluarkan Pekeliling Garis Panduan Tatacara Aktiviti Keagamaan Masjid dan Surau Seluruh Negeri Pulau Pinang Bagi Fasa Peralihan Ke Endemik COVID-19, hari ini.

Garis panduan tersebut akan berkuat kuasa mulai 1 April 2022 (Jumaat) bersamaan 29 Syaaban 1443 Hijrah. Orang ramai boleh memuat turun pekeliling serta garis panduan yang lengkap dalam format PDF melalui pautan berikut:

GARIS PANDUAN TATACARA AKTIVITI KEAGAMAAN MASJID DAN SURAU SELURUH NEGERI PULAU PINANG BAGI FASA ENDEMIK COVID-19

Sementara itu, Pejabat YB Dato’ IR. Ahmad Zakiyuddin bin Abd Rahman, Yang Di Pertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) turut menyediakan infografik ringkas mengenai garis panduan terkini tatacara aktiviti keagamaan masjid dan surau di Pulau Pinang bagi memudahkan kefahaman serta rujukan masyarakat di Negeri ini.

Sumber : Laman Rasmi JHEAIPP dan MAINPP

 

Artikel/Berita Terkini

TARIKH PENTING PELAKSANAAN SISTEM AMARAN AWAL (EWS)

Sistem Amaran Awal (EWS) akan dilaksanakan secara berfasa sebelum beroperasi sepenuhnya. Beberapa peringkat pengujian akan dijalankan bagi memastikan sistem berfungsi …

NADMA PERKASA PROSEDUR OPERASI DAN PENGENDALIAN BENCANA NEGARA

Shah Alam – Pengurusan bencana yang berkesan memerlukan prosedur operasi dan garis panduan yang jelas serta terselaras. Sehubungan itu, Agensi …

Projek Naik Taraf Gerai Tok Lam

Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Terengganu (ICU JPM Terengganu) bersama Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) terus komited memantau kelancaran projek menaik …