PULAU PINANG: OPS GEMPUR BAHAGIAN PENGUATKUASAAN JABATAN ALAM SEKITAR

DASAR KESELAMATAN NEGARA
NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Penguatkuasaan Undang-undang)
Jabatan Alam Sekitar Pulau Pinang telah menjalankan Ops Gempur terhadap Kawasan Industri Mak Mandin Daerah Seberang Perai Utara, pada tarikh 22 hingga 23 hb Mac 2022.
Operasi telah melibatkan 22 orang pegawai dari Bahagian Operasi Jabatan Alam Sekitar Pulau Pinang dan sebanyak 22 kilang telah di periksa bagi memastikan Akta Kualiti Alam Sekeling 1974 dipatuhi oleh pihak industri.
Sebanyak 28 kompaun bernilai RM 56,000 telah di keluarkan kepada kilang-kilang yang gagal mematuhi Akta Kualiti Alam Sekeling 1974 terutamanya Peraturan Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005.
Disamping itu sebanyak 17 notis arahan di keluarkan kepada kilang-kilang supaya mematuhi Peraturan-Peraturan Buangan Terjadual 2005, Peraturan Effluen Perindustrian 2009 dan Peraturan Udara Bersih 2014.
Jabatan Alam Sekitar Pulau Pinang memandang serius akan kegagalan pihak industri di dalam mengawal pencemaran alam sekitar yang memberi kesan kepada masyarakat dan alam sekitar. Jabatan Alam Sekitar Pulau Pinang akan sentiasa menjalankan penguatkuasaan dari masa ke semasa terhadap kilang kilang yang beroperasi di Negeri Pulau Pinang bagi memastikan kualiti alam sekitar terjaga.

 

Sumber:

Laman Facebook Jabatan Alam Sekitar

Artikel/Berita Terkini

‘SAYA CINA TAPI NAMA MELAYU NUR FARHANA, NAMA INDIA PULA TAMANA’

Walaupun dilahirkan sebagai seorang berbangsa Cina, namun Exco Pelancongan, Kebudayaan dan Kesenian Negeri Sembilan, Nicole Tan Lee Koon, mempunyai nama …
Maklumat Lanjut

INISIATIF 1 RUMAH 1 JALUR GEMILANG

 Ayuh kibarkan Jalur Gemilang di rumah anda! Satu bendera, sejuta makna — simbol cinta & bangga pada tanah air tercinta  …
Maklumat Lanjut

KERAJAAN UTAMA KEPENTINGAN PERLUAS CAPAIAN DIGITAL

CENDERAMATA: Hajiji menerima cenderamata daripada Gobind semasa kunjungan hormat di pejabatnya di Menara Kinabalu hari ini. KOTA KINABALU: Kerajaan negeri …
Maklumat Lanjut