APAKAH KESAN TOKSIN E-WASTE TERHADAP MANUSIA?

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Keselamatan Kesihatan)

E-waste dikategorikan sebagai buangan terjadual kod SW110, di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005, melibatkan peralatan elektrik dan elektronik yang rosak, tidak digunakan atau lama/usang seperti telefon bimbit, komputer, televisyen, mesin basuh, peti ais dan pendingin hawa.

E-waste yang dibuang ke dalam tong sampah atau mana-mana kawasan bukan tapak pelupusan khas akan menyebabkan bahan-bahan berbahaya seperti plumbum, merkuri, arsenik dan pelbagai lagi meresap masuk ke dalam ekosistem melalui air,udara dan tanah.

E-waste yang dilupuskan secara tidak mesra alam ini akan mendatangkan banyak kesan negatif terutamanya kepada kesihatan manusia.

Untuk info lebih lanjut boleh rujuk infografik di atas atau layari laman sesawang ewaste.doe.gov.my.

Anda boleh melayari https://ewaste.doe.gov.my/ atau muat turun aplikasI MyEwaste untuk mengetahui senarai pusat pengumpulan berdaftar yang berdekatan.

 

Sumber:

Laman Facebook Jabatan Alam Sekitar

 

 

Artikel/Berita Terkini

Projek Naik Taraf Gerai Tok Lam

Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Terengganu (ICU JPM Terengganu) bersama Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) terus komited memantau kelancaran projek menaik …

MARDI Perketat SOP Keselamatan Ladang

Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) mengambil langkah segera memperketat Prosedur Operasi Standard (SOP) keselamatan di seluruh stesen penyelidikannya …

PERANGKAAN DEMOGRAFI MALAYSIA, SUKU TAHUN KETIGA 2026

Penduduk Malaysia dianggarkan 34.4 juta pada suku tahun ketiga 2026 berbanding 34.3 juta pada suku tahun ketiga 2025 dengan pertumbuhan …