PROGRAM KELUARGA BESTARI, RAKYAT BESTARI PUPUK KESEDARAN MEMBACA MASYARAKAT

 

KOTA BHARU – Pemenang peserta Keluarga Bestari dan Rakyat Bestari Peringkat negeri akan membawa pulang hadiah bernilai RM 3,000 beserta sijil yang akan diumumkan pada hujung tahun ini.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan, Pengajian Tinggi. Sains dan Teknologi YB Dato’ Dr. Mohamed Fadzli Hassan, program tersebut diadakan bertujuan untuk memupuk kesedaran membaca dalam kalangan masyarakat.
“Hujung tahun nanti, kita akan bagi hadiah kepada semua pemenang, dan program ini diadakan dengan Kerjasama Exco Kebajikan, Keluarga dan Wanita,” Katanya. Terdahulu beliau ditemui media Ketika hadir ke taklimat ‘Keluargaku Keluarga Membaca’ bertempat di Dewan Teratai Kompleks Kota Darulnaim.
Program tersebut melibatkan penyertaan dari 45 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi memilih 10 keluarga untuk dinobatkan sebagai Keluarga Bestari dan anugerah Rakyat Bestari.
Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Kelaurga dan Wanita YB Dato’ Mumtaz Md Nawi, ADUN Bunut Payong, YB Dato’ Dr Ramli Mamat, ADUN Jelawat YB Abdul Aziz Kadir dan Pengarah Perbadanan Perpustakkan Awam Kelantan (PPAK) Mohd Shamsul Baharin Isa.

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …