PEKA B40: PROTECTHEALTH DAN TERAJU METERAI MOU

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 6: KEADILAN SOSIAL (Isu Kumpulan B40)

ProtectHealth Corporation Sdn Bhd (ProtectHealth) dan TERAJU Bumiputera Corporation (TERAJU) memeterai memorandum persefahaman (MoU) untuk mempromosikan kesedaran lebih tinggi mengenai Skim Peduli Kesihatan untuk Kumpulan B40 (PeKa B40). Ketua Pegawai Eksekutif ProtectHealth, Datuk Dr Anas Alam Faizli, berkata melalui kerjasama itu, pihaknya fokus untuk membawa PeKa B40 lebih dekat dan memperluas aksesnya kepada masyarakat di seluruh negara.

MoU itu bertujuan memberi platform kepada TERAJU mengenal pasti klinik yang akan menyertai program berkenaan, bagi meningkatkan jangkauan kepada komuniti Bumiputera kumpulan berpendapatan 40 peratus terendah (B40) di seluruh negara.

Manakala dalam konteks ProtectHealth pula, ProtectHealth akan mentadbir skim penjagaan kesihatan PeKa B40, inisiatif bagi menangani trend penyakit tidak berjangkit (NCD) yang semakin meningkat, khususnya dalam kalangan penduduk berpendapatan rendah dengan matlamat utamanya untuk pengesanan dan intervensi awal NCD.

Melalui program PeKa B40, penerima yang layak boleh mendapat manfaat daripada pemeriksaan kesihatan percuma, bantuan alat perubatan percuma, insentif melengkapkan rawatan kanser serta insentif tambang pengangkutan. Dilaporkan lebih 567,956 orang daripada kumpulan B40 sudah disaring di bawah PeKa B40 namun seramai 5.9 juta lagi yang layak belum menyertai program berkenaan.

 

Sumber:

Berita Harian

Artikel/Berita Terkini

MELAKA BAKAL JADI HAB TEKNOLOGI JERMAN DI ASIA TENGGARA – AB RAUF

Ayer Keroh – Melaka bersedia menjadi pusat pemindahan teknologi Jerman bagi rantau Asia Tenggara menerusi pembangunan Taman Teknologi Jerman (GTP) …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut