KUSKOP CADANG TAMBAH DANA SKIM PEMBIAYAAN INFORMAL DAN MIKRO (SPIM)

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 5: KEUTUHAN EKONOMI

Peruntukan sebanyak RM200 juta bagi Skim Pembiayaan Informal dan Mikro (SPIM) yang dibuka kepada usahawan sejak 1 Januari lalu, habis dimohon dalam tempoh tiga bulan. Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Tan Sri Noh Omar, berkata lebih 23,000 permohonan diterima dengan majoriti pemohon adalah wanita. Katanya, SPIM yang disalurkan menerusi TEKUN Nasional menawarkan nilai pembiayaan sehingga RM10,000 tanpa caj keuntungan dan moratorium selama 12 bulan.

Namun yang demikian, beliau turut memaklumkan pada ketika ini, terdapat kira-kira 3,000 lagi permohonan daripada usahawan dan KUSKOP akan berusaha menambah peruntukan ini supaya mereka turut mendapat manfaat yang sama. SPIM ialah skim bagi membantu usahawan informal dan mikro untuk memulih dan memulakan semula perniagaan yang terjejas akibat wabak COVID-19 dan bencana banjir.

 

Sumber:

Berita Harian

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …