996 PEROKOK DEGIL KENA KOMPAUN DI PULAU PINANG

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Penguatkuasaan Undang-undang)

GEORGETOWN – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan sebanyak 1,182 kompaun dikeluarkan dalam operasi bersepadu Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004 yang dijalankan di seluruh Pulau Pinang pada tahun ini.

Kesalahan merokok di tempat larangan adalah antara kesalahan tertinggi yang dicatatkan selepas pihaknya mengeluarkan 996 kompaun sepanjang operasi dijalankan bermula Januari sehingga 22 Mac. Tempat makan dan kedai berhawa dingin merupakan kawasan yang kerap dikesan individu melakukan kesalahan itu selain pusat beli-belah dan lapangan terbang.

Orang ramai dinasihatkan supaya mematuhi peraturan yang telah ditetapkan dengan tidak merokok di kawasan larangan merokok bagi mengelakkan dikenakan tindakan oleh pihak berkuasa selain ia melindungi golongan bukan perokok dari bahaya asap rokok.

Tindakan kompaun diambil mengikut Peraturan 11 Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004 kerana merokok di tempat larangan dan Peraturan 12 PPKHT 2004 atas kesalahan tidak mempamerkan tanda larangan.

 

Sumber:

Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

‘SAYA CINA TAPI NAMA MELAYU NUR FARHANA, NAMA INDIA PULA TAMANA’

Walaupun dilahirkan sebagai seorang berbangsa Cina, namun Exco Pelancongan, Kebudayaan dan Kesenian Negeri Sembilan, Nicole Tan Lee Koon, mempunyai nama …
Maklumat Lanjut

INISIATIF 1 RUMAH 1 JALUR GEMILANG

 Ayuh kibarkan Jalur Gemilang di rumah anda! Satu bendera, sejuta makna — simbol cinta & bangga pada tanah air tercinta  …
Maklumat Lanjut

KERAJAAN UTAMA KEPENTINGAN PERLUAS CAPAIAN DIGITAL

CENDERAMATA: Hajiji menerima cenderamata daripada Gobind semasa kunjungan hormat di pejabatnya di Menara Kinabalu hari ini. KOTA KINABALU: Kerajaan negeri …
Maklumat Lanjut