SULTAN IBRAHIM POWER PLANT – LOJI JANAKUASA KOMERSIAL PERTAMA DUNIA GUNA TURBIN GAS BERTEKNOLOGI PALING CEKAP

JOHOR BAHRU, 23 Mac 2022 – DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Johor berkenan merasmikan Stesen Janakuasa Southern Power Generation (SPG) di Pasir Gudang pada 22 Mac 2022. Turut sama berangkat dalam majlis perasmian tersebut ialah DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor.

Stesen Janakuasa Southern Power Generation (SPG) di Pasir Gudang merupakan loji janakuasa komersial pertama di dunia menggunakan turbin gas berteknologi paling cekap dihasilkan oleh General Electric (GE).

Dimasyhurkan sebagai Sultan Ibrahim Power Plant, loji janakuasa berkenaan mampu menghasilkan 60 peratus tenaga elektrik dan kecekapan turbin gas berteknologi tinggi itu pula boleh menyumbang kepada pengurangan jejak karbon.

Pembinaan SPG dengan kos RM4.7 bilion itu merupakan gabungan usaha sama antara Tenaga Nasional Bhd (TNB) dan SIPP Energy Sdn Bhd, dijangka menjadi satu mercu tanda pembangunan industri penjanaan elektrik di Johor dan selatan tanah air.

Untuk perkembangan terkini dari semasa ke semasa, ikuti FB MKN Johor di https://www.facebook.com/mknnegerijohor

Sumber:
Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
HRH Crown Prince of Johor

   

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …