DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025
NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Jenayah Berkaitan Dadah)
Sindiket dadah dikesan aktif sejak bulan lalu, menjadikan sebuah rumah di Pulau Pinang sebagai makmal mini untuk memproses serbuk methylenedioxy-methamphetamine (MDMA), syabu, ketamin, pil ekstasi dan erimin 5.
Kegiatan tersebut terbongkar selepas polis melakukan serbuan pada 2 pagi, Khamis lalu dan menahan seorang lelaki tempatan berusia 32 tahun.
PDRM Pulau Pinang melalui Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain memaklumkan bahawa dalam serbuan itu, pihaknya menemukan 85 paket dadah MDMA, syabu (53.7 gram), empat paket ketamin (16.5 gram), 45 biji pil ekstasi (16 gram) dan 40 pil dadah erimin 5 (12 gram).
Dadah diproses tersebut dipercayai untuk campuran dalam minuman perisa buah-buahan bagi pasaran pusat hiburan sekitar negeri. Hasil risikan mendapati aktiviti sindiket itu bergiat aktif sejak Februari lalu dan ujian saringan terhadap suspek mendapati positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine.
Suspek ditahan reman selama enam hari sehingga 22 Mac bagi membantu siasatan, selain pihak PDRM Pulau Pinang turut menyita motosikal.
Keseluruhan nilai rampasan termasuk dadah bernilai RM110,385 dan kes disiasat mengikut Seksyen 39b Akta Dadah Berbahaya 1952.
PDRM Pulau Pinang bagi tempoh 1 Januari hingga 19 Mac laluΒ telah melaksanakan 12 Operasi Tapis Khas dan Operasi Sarang serta menumpaskan tujuh sindiket dadah.
Sumber: