PROGRAM PENERANGAN ENAKMEN JENAYAH SYARIAH & ENAKMEN TATACARA JENAYAH SYARIAH N.SEMBILAN DI DAERAH PORT DICKSON BAGI TAHUN 2022

   

JHEAINS telah mengadakan program enakmen jenayah syariah & enakmen tatacara jenayah syariah N.sembilan yang diadakan di Auditorium Pejabat Daerah Dan Tanah Daerah Port Dickson. Pendedahan dan perkongsian telah disampaikan melalui 2 slot, dimana slot pertama Penerangan Enakmen Jenayah Syariah N.Sembilan disampaikan oleh Ustaz Mohd Farid Bin Redzuan Pegawai Penguatkuasa Agama Unit Siasatan Bahagian Penguatkuasaan JHEAINS, manakala slot kedua Penerangan Enakmen tatacara jenayah syariah N.Sembilan disampaikan oleh Tuan Haji Ahmad Zaki Bin Hamzah Penolong Pengarah Kanan, Ketua Unit Siasatan Bahagian Penguatkuasaan JHEAINS.

Program ini telah dihadiri oleh Pengerusi- Pengerusi MPKK Daerah Port Dickson, Pengerusi-Pengerusi Masjid Kariah Daerah Port Dickson dan Pegawai-Pegawai Masjid Kariah di daerah Port Dickson. Program ini adalah bertujuan memberi pendedahan jenis-jenis kesalahan jenayah syariah serta bagaimana suatu siasatan dan tangkapan dibuat melalui punca kuasa peruntukan undang-undang. Harapan JHEAINS semoga program ini memberi manfaat serta garis panduan kepada pemimpin masyarakat setempat yang hadir.

Program ini akan diteruskan lagi dari semasa ke semasa agar masyarakat merasa lebih dekat lagi dengan pihak JHEAINS.

Sumber : FB JHEAINS “Official”

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …