PERKONGSIAN ILMIAH : IBU BAPA DERHAKA? ADA KE?

Ada satu kisah yang berlaku di zaman Saidina Umar tentang seorang ayah yang mengadu tentang anaknya yang derhaka.

“Pernah pada satu ketika, di zaman Saidina Umar menjadi khalifah, seorang ayah datang mengadukan perihal anaknya yang derhaka.”

“Umar kemudian memanggil anak yang dikatakan derhaka tersebut lalu memarahinya kerana derhaka.”
“Anak itu kemudian bertanya kepada Saidina Umar pula.”

“Wahai Amirul Mukminin, tidakkah seorang anak itu mempunyai hak yang patut dia dapat dari ayahnya?”
“Lalu Umar menjawab, “Ya””

“Anak ‘derhaka’ itu kemudiannya bertanya lagi, “lalu apakah hak-hak tersebut?”
“Umar menjawab, pertama, memilih wanita yang solehah sebagai ibunya, kemudian, memberikan nama yang baik dan mengajarkan anak membaca Al Quran.”

“Jawab si anak, “sesungguhnya ayah saya tidak melakukan yang demikian, ibu saya adalah seorang hamba hitam dan dulunya isteri kepada seorang penyembah api, kemudian dia telah menamakan saya ‘Jo’ul (lipas) dan dia tidak pernah mengajarkan saya satu huruf pun daripada Al Quran.”

“Mendengar jawapan anak itu, maka Umar lalu berkata, “sebenarnya engkaulah yang terlebih dahulu derhaka kepada anakmu itu, engkau telah merosakkannya sebelum dia merosakkan dirimu.”

Petikan dari Kitab Tanbihul Ghafilin

Sumber : FB JHEAINS “Official”

Artikel/Berita Terkini

CADANGAN PINDAH PASAR BESAR KK KELUAR DARI KAWASAN BANDAR

TINJAU: Hajiji semasa membuat tinjauan ke tapak lokasi yang dicadangkan.  KOTA KINABALU: Kerajaan negeri bercadang untuk memindahkan Pasar Besar Kota …

SUSUNAN KEUTAMAAN BENDERA

Tahukah anda, susunan bendera mempunyai tatacara dan keutamaannya tersendiri? Mulai 1 Mei 2025, Bendera Malaysia menjadi bendera utama, diikuti bendera …

OPERASI BERSEPADU

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Majlis Bandaraya …