HARI METEOROLOGI SEDUNIA 2022: AMARAN AWAL DAN TINDAKAN AWAL

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Pengurusan Bencana)

Tema Sambutan Hari Meteorologi Sedunia pada tahun ini ialah “?????? ???? ??? ???????? ????” atau “????? ??????? ??? ????? ??????”.

Tema kali ini dipilih untuk menunjukkan kepentingan amaran awal agar semua pihak dapat bersiap siaga dan bertindak lebih awal dalam menghadapi sebarang bencana melalui penggunaan maklumat hidrometeorologi dan iklim agar kesan risiko bencana seperti kemusnahan alam, harta benda dan kehilangan nyawa dapat dikurangkan.

Menerusi Dasar Keselamatan Negara 2021-2025, Konsep Keselamatan Menyeluruh telah diguna pakai. Keselamatan menyeluruh adalah suatu usaha berterusan yang seimbang, bersepadu dan terintegrasi di setiap peringkat pentabiran kerajaan dan struktur masyarakat serta merentas semua bidang bagi tujuan memastikan negara terpelihara dari sebarang ancaman dalaman dan luaran demi menjamin Persekutuan Malaysia kekal berdaulat, aman dan sejahtera.

Sehubungan itu, seluruh masyarakat adalah turut digalakkan agar sentiasa cakna dengan keselamatan diri dan sekeliling serta bersiap siaga dalam menghadapi sebarang kemungkinan bencana. Jom sama-sama kita realisasikan Konsep Keselamatan Menyeluruh.

 

Sumber Hari Meteorologi Sedunia:

Laman Facebook Malaysian Meteorological Department

Artikel/Berita Terkini

TARIKH PENTING PELAKSANAAN SISTEM AMARAN AWAL (EWS)

Sistem Amaran Awal (EWS) akan dilaksanakan secara berfasa sebelum beroperasi sepenuhnya. Beberapa peringkat pengujian akan dijalankan bagi memastikan sistem berfungsi …

NADMA PERKASA PROSEDUR OPERASI DAN PENGENDALIAN BENCANA NEGARA

Shah Alam – Pengurusan bencana yang berkesan memerlukan prosedur operasi dan garis panduan yang jelas serta terselaras. Sehubungan itu, Agensi …

Projek Naik Taraf Gerai Tok Lam

Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Terengganu (ICU JPM Terengganu) bersama Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) terus komited memantau kelancaran projek menaik …