ADVOKASI KESELAMATAN JALAN RAYA KEPADA PENUNGGANG BASIKAL

KOTA BHARU – Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Kelantan telah mengadakan Program Advokasi Keselamatan Jalan Raya kepada penunggang basikal sempena Sambutan Hari JPJ ke 76, bertempat di perkarangan Parkir Blok A, JPJ Negeri Kelantan.

Program ini telah disempurnakan oleh Tuan Mohd Misuari bin Abdullah, Pengarah JPJ Negeri Kelantan. Taklimat keselamatan jalan raya kepada penunggang basikal telah disampaikan oleh Tuan Jalal Ikram bin Mohamed Nori, Ketua Unit Keselamatan Jalan raya dan Korporat.

Sepanjang program ini berlangsung para penunggang telah diberikan taklimat berkaitan tips dan tatacara berbasikal dijalan raya bagi menjamin keselamatan diri dan pengguna jalan yang lain. Penunggang juga diingatkan agar sentiasa mematuhi peraturan jalan raya kerana golongan ini juga tidak terkecuali daripada tindakan undang- undang sekiranya melakukan kesalahan di jalan raya.

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …