PERLIS BENAR KEHADIRAN JEMAAH TANPA TERIKAT STATUS VAKSINASI

Susulan negara memasuki Fasa Peralihan Ke Endemik bermula 1 April ini, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) membenarkan jemaah di negeri ini menyertai aktiviti pengimarahan masjid tanpa terikat dengan status vaksinasi,

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, bertitah kanak-kanak juga dibenarkan hadir menunaikan solat dan mengikuti aktiviti pengimarahan masjid, namun larangan tetap dikenakan terhadap individu dijangkiti atau disyaki dijangkiti COVID-19. Individu yang mempunyai gejala seperti demam, sesak nafas, sakit tekak dan sebagainya kekal dilarang hadir ke masjid.

Jemaah turut dibenarkan menunaikan solat tanpa penjarakan fizikal, tetapi bagi aktiviti lain seperti kuliah agama, ceramah termasuk jamuan, gotong-royong, majlis berbuka puasa masih diteruskan mengikut prosedur operasi standard (SOP) sedia ada.

Perubahan ini terpakai kepada semua masjid dan surau rasmi di seluruh Negeri Perlis.

Baginda turut berharap fasa peralihan ke endemik ini menjadi permulaan baharu kepada semua untuk menempuh normalisasi pasca penularan COVID-19 nanti.

Artikel/Berita Terkini

KUTIPAN SAMPAH DI MELAKA DIAWALKAN PADA MALAM RAYA

Klebang – Operasi kutipan sisa domestik di Negeri Melaka akan diawalkan bermula jam 12.30 tengah malam pada malam raya sebagai …

BENGKEL TAHSIN AZAN DAN IQAMAH

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030  Pada 12 Mac 2026, telah berlangsung Bengkel Tahsin Azan dan Iqamah bertempat di Auditorium Kolej …

PROGRAM RAMADAN MADANI

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030  Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM) telah menganjurkan Program Ramadan MADANI YAPEIM (RMY) 2026/1447H Peringkat …