PERKONGSIAN ILMIAH : DIMANAKAH MALU?

Sejak beberapa hari yang lalu muncul sebuah “teaser” drama baharu yang telah dimuatnaik oleh seorang selebriti di akaun media sosialnya.

Cuplikan (trailer) tersebut mengejutkan kita apabila aksi-aksi yang ditunjukkan tidak langsung menggambarkan nilai ketimuran, jauh sekali dari nilai Islam.

??????????? ???? ????!

Malu pada hakikatnya tidak mendatangkan sesuatu kecuali kebaikan. Malu mengajak pemiliknya agar menghias diri dengan yang mulia dan menjauhkan diri dari sifat-sifat yang hina.
Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

اَلْـحَيَاءُ لاَ يَأْتِيْ إِلاَّ بِخَيْـرٍ
“Malu itu tidak mendatangkan sesuatu melainkan kebaikan semata-mata.” [Muttafaq ‘alaihi]
Tambahan pula, tinggal lagi beberapa hari sahaja lagi kita akan menyambut Ramadan yang mulia. Janganlah dicemari bulan mulia ini dengan hiburan melampau yang jauh dari ajaran Islam.

Semoga Allah memberikan hidayah buat mereka dan kita semua.
Pilihlah hiburan yang mendidik jiwa, bukan hiburan yang membawa ke lembah dosa!

Sumber : FB JHEAINS “Official”

Artikel/Berita Terkini

TARIKH PENTING PELAKSANAAN SISTEM AMARAN AWAL (EWS)

Sistem Amaran Awal (EWS) akan dilaksanakan secara berfasa sebelum beroperasi sepenuhnya. Beberapa peringkat pengujian akan dijalankan bagi memastikan sistem berfungsi …

NADMA PERKASA PROSEDUR OPERASI DAN PENGENDALIAN BENCANA NEGARA

Shah Alam – Pengurusan bencana yang berkesan memerlukan prosedur operasi dan garis panduan yang jelas serta terselaras. Sehubungan itu, Agensi …

Projek Naik Taraf Gerai Tok Lam

Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Terengganu (ICU JPM Terengganu) bersama Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) terus komited memantau kelancaran projek menaik …