KEJOHANAN SEPAK TAKRAW PIALA PENGARAH JPJ NEGERI SEMBILAN 2022

   

Sempena Hari JPJ ke-76 yang akan disambut pada 01 April 2022, KELAB SUKAN & KEBAJIKAN JPJ NEGERI SEMBILAN telah menganjurkan Kejohanan Sepak Takraw Piala Pengarah JPJ Negeri Sembilan 2022.

Objektif utama kejohanan ini diadakan adalah membudayakan gaya hidup sihat di samping mengukuhkan hubungan antara kakitangan yang menyertai kejohanan ini.

Sebanyak 20 regu yang menyertai kejohanan pada kali ini bagi mewakili setiap Bahagian, Cawangan, dan Stesen Penguatkuasa. Regu daripada JPJ Cawangan Kuala Pilah telah dinobatkan sebagai Juara pada kejohanan ini, manakala Bahagian Penguatkuasa dan Unit Keselamatan JPJ Cawangan Jempol masing-masing berjaya merebut Naib Juara dan tempat ketiga.

Kejohanan ini diserikan lagi dengan kesudian YBrs. Tuan Hanif Yusabra bin Yusuf, Pengarah JPJ Negeri Sembilan dengan diringi Tuan Norazman bin Annuar, Pengerusi Kelab Sukan & Kebajikan JPJ Negeri Sembilan bagi menyempurnakan majlis penyampaian pingat kepada para pemenang.

Sumber : FB JPJ Negeri Sembilan

Artikel/Berita Terkini

MELAKA BAKAL JADI HAB TEKNOLOGI JERMAN DI ASIA TENGGARA – AB RAUF

Ayer Keroh – Melaka bersedia menjadi pusat pemindahan teknologi Jerman bagi rantau Asia Tenggara menerusi pembangunan Taman Teknologi Jerman (GTP) …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut