GANGGUAN BEKALAN AIR DI 16 KAWASAN SEBERANG PERAI SELATAN (SPS) PULAU PINANG

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021–2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 7: PEMBANGUNAN MAMPAN (Keselamatan Air)

NIBONG TEBAL, 22 Mac 2022 – Sebanyak 16 kawasan di sekitar daerah Seberang Perai Selatan (SPS), Pulau Pinang akan mengalami gangguan bekalan air selama 12 jam pada Sabtu hingga Ahad (26 – 27 Mac 2022) ini, membabitkan kira-kira 15,785 akaun pengguna.

Kawasan yang terjejas bekalan mulai jam itu 10.00 malam Sabtu hingga 10.00 pagi keesokannya adalah Jalan Bukit Panchor, Transkrian, Permatang Tok Mahat, Jalan Sempadan, Sungai Acheh, Sungai Udang, Klinik Kesihatan Bukit Panchor, Klinik Kesihatan Nibong Tebal, Klinik Kesihatan Sungai Acheh dan Balai Bomba Nibong Tebal.

Selain itu, Universiti Sains Malaysia (USM), Kampung Teluk, Sungai Buaya, Kampung Sungai Kechil, Kampung Besar dan Perda Tech, manakala kawasan sekitar Pekan Nibong Tebal dilaporkan akan mengalami masalah tekanan air rendah.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP), Datuk Ir Jaseni Maidinsa, berkata gangguan bekalan air termasuk tekanan air rendah di beberapa kawasan itu susulan pelaksanaan kerja-kerja penyelenggaraan di Loji Rawatan Air (LRA) Bukit Panchor dan pengalihan paip di Jalan Bukit Panchor dekat situ.

Menurutnya, PBAPP perlu mengasingkan dan menutup sesalur utama (paip) sedia ada bagi memudahkan kerja-kerja fizikal yang akan dilaksanakan. Penutupan saluran paip ini akan menyebabkan gangguan bekalan air berjadual selama 12 jam di beberapa kawasan di daerah berkenaan. Para pengguna yang terlibat juga dinasihatkan untuk menyimpan air mencukupi untuk kegunaan sepanjang gangguan itu.

Menurutnya lagi, PBAPP melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan di LRA Bukit Panchor adalah bagi memastikan bekalan air yang baik, manakala kerja-kerja penyambungan paip pula untuk membolehkan pelaksanaan projek oleh kontraktor JKP di kawasan berkenaan.

Sumber :

BERITA HARIAN

 

Artikel/Berita Terkini

JAMBATAN BAILEY DI JALAN KUANTAN-SEGAMAT DITUTUP SEMINGGU

Kuantan: Jalan Persekutuan (FT) 12 Jalan Kuantan-Segamat di Seksyen 102 (Kilometer 63 berhampiran kawasan burung unta) akan ditutup mulai 12 …
Maklumat Lanjut

51 PESERTA BAKAL PAMER KEMAHIRAN PANJAT POKOK TEMBUSU

Kuantan: Perbadanan Taman Negeri Pahang dengan kerjasama Persatuan Arborist Malaysia menganjurkan Pertandingan Memanjat Pokok Asia Pasifik (APTCC) 2024 di Kelab …
Maklumat Lanjut

JIM JALIN KERJASAMA DENGAN MC, JMB TANGANI ISU PATI

Kuala Lumpur: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kuala Lumpur mengambil inisiatif untuk menjalinkan kerjasama dengan Perbadanan Pengurusan (MC) dan Badan Pengurusan …
Maklumat Lanjut