??? ???? ???? ????? ???? ????? ????????? ??? ????? ???? ?????????? ?? ??????? ????

Β  Β 

????????, ?? ??? ????: Sebanyak 600 ekor ikan betta asli telah dilepaskan ke habitat asal di Mukim Rantau, Seremban.

FRI Glami Lemi telah memulakan program konservasi ikan betta asli dengan hasrat untuk memulihara spesies betta asli secara ex situ (galeri) dan in situ (restock semula). Selain kajian pemetaan betta asli di Negeri Sembilan, optimasi kaedah pembiakan spesies betta asli yang terancam kepupusan dan berpotensi untuk pasaran ikan hiasan merupakan salah satu aktiviti dalam program tersebut. Program ini dijalankan oleh Unit Ikan Hiasan, FRI Glami Lemi yang diketuai oleh Dr. Chew Poh Chiang.

Persampelan ikan betta asli telah dilaksanakan oleh FRI Glami Lemi pada tahun 2020 di Mukim Rantau, Seremban dengan kerjasama Pejabat Perikanan Daerah. Ikan betta asli yang disampel telah dijadikan induk untuk tujuan pembiakan spesies berkenaan dalam kurungan. Anak betta asli yang berjaya ditetaskan diasuh dan dibesarkan sehingga saiz 2 hingga 3 cm untuk dilepaskan semula ke habitat asal di mana stok induk diperolehi.

Program pelepasan ini telah disempurnakan oleh Puan Amirah Fatihah binti Md Nordin, Pegawai Penyelidik bersama komuniti Mukim Rantau. Turut hadir Encik Mohd Amir Hakim bin Ariffin, Encik Abd Ghani bin Hassan dan Encik Yusmanizam bin Yunus dari FRI Glami Lemi; Encik Marzuki bin Muhammad dan Encik Norhaizal bin Zulkifli dari Pejabat Perikanan Daerah Seremban.

Diharapkan program ini dapat meningkatkan stok dan mengekalkan spesies betta asli di habitat semulajadi khususnya di Negeri Sembilan.

Β  Β 

Sumber : FB Pejabat Perikanan Negeri Sembilan

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.Β  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR Β KOTA KINABALU: Sindiket β€˜bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …