USAHAWAN DISERU MANFAATKAN GERAN SME, KEMBALI AKTIF DALAM PERNIAGAAN

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 5: KEUTUHAN EKONOMI
(Pemulihan Pasca – Krisis Pandemik)

Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah melaksanakan pelbagai inisiatif bagi memulihkan sektor perniagaan terutamanya perusahaan kecil dan sederhana (SME) yang terjejas teruk akibat penularan pandemik COVID-19.

Exco Perdagangan, Industri dan Pembangunan Usahawan, Dato’ Abdul Halim Hussain berkata antara inisiatif yang dilaksanakan adalah termasuk menyediakan bantuan kewangan khas berjumlah RM1 juta kepada 1,000 SME untuk meningkatkan pendigitalan dalam perniagaan. Di sebalik pelbagai kesan negatif pandemik, terdapat juga manfaat yang boleh dipraktikkan oleh para usahawan demi kelangsungan perniagaan masing-masing.

Pandemik COVID-19 telah menyebabkan usahawan untuk menerima pakai teknologi terkini dan mengubah perniagaan untuk memenuhi perubahan era teknologi serta Prosedur Operasi Standard (SOP) yang baharu. Walaupun terpaksa menghadapi gangguan teknologi, rantaian bekalan, perubahan iklim dan sebagainya, ia menjadi suatu pengajaran untuk semua supaya bersedia menghadapi ketidaktentuan di masa hadapan. Oleh yang demikian, para usahawan diseru supaya memanfaatkan geran SME berjumlah RM1,000 yang diberikan untuk kembali aktif dalam perniagaan masing-masing.

Dalam sesi yang sama, Dato’ Abdul Halim turut menzahirkan ucapan penghargaan kepada pihak-pihak yang terlibat dalam mengekalkan daya tahan sektor pembuatan di negeri Pulau Pinang. Penghargaan juga turut diberikan kepada MIDA, InvestPenang (IP), Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC), SMECorp dan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) atas usaha mengekalkan Pulau Pinang sebagai destinasi pilihan para pelabur. Beliau turut memaklumkan bahawa sektor perniagaan bakal pulih dan kembali kukuh pada tahun 2022.

Sumber:

Buletin Mutiara

Artikel/Berita Terkini

JURUTERBANG RUGI HAMPIR RM200,000 TERPEDAYA PAKEJ HAJI PALSU

Seorang juruterbang wanita di sebuah syarikat penerbangan mengalami kerugian hampir RM200,000 selepas terpedaya dengan tawaran pakej haji yang tidak wujud …
Maklumat Lanjut

STPM 2024: NEGERI SEMBILAN LEPASI PNGK KEBANGSAAN BUAT PERTAMA KALI

Negeri Sembilan mencipta sejarah tersendiri apabila buat pertama kali melepasi Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) Kebangsaan iaitu 2.85 bagi peperiksaan …
Maklumat Lanjut

600 ANJING TERBIAR DITANGKAP SETAKAT MEI – MBS

Sebanyak 600 ekor anjing terbiar telah berjaya ditangkap oleh kontraktor yang dilantik Majlis Bandaraya Seremban (MBS) dalam tempoh lima bulan …
Maklumat Lanjut