DUA BOT KARAM DAN EMPAT NELAYAN HILANG DI PULAU PINANG

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Akauntabiliti, Kompetensi dan Kapasiti Jentera Kerajaan)

Empat nelayan hilang selepas bot dinaiki mereka karam dalam dua kejadian berasingan di perairan Pulau Pinang pada 21 Mac 2022. Difahamkan semasa kejadian, hujan lebat dan angin kuat melanda kawasan perairan Pulau Pinang.

Dalam kejadian pertama, seorang nelayan yang juga tekong bot hilang selepas botnya karam pada 8.15 pagi tadi. Pegawai Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, Mohd Awis Kharni Abdul Rahman berkata susulan itu, pihaknya menggerakkan Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) di kawasan perairan Pulau Kendi. Hasil SAR, pihak bomba hanya berjaya menemukan dua mangsa dari tiga mangsa yang dilaporkan terlibat iaitu Tan Soon Gin berumur 30-an dan Pai San Chu Kaw berumur 40-an.

Sementara itu, tiga nelayan hilang selepas bot dinaiki mereka dipercayai dipukul ombak sebelum terbalik dan karam di perairan Kuala Muda, Penaga. Pegawai Operasi JBPM Pulau Pinang, Yusmin Mohd Yusoff berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada 10.46 pagi sebelum operasi SAR digerakkan ke perairan tersebut. Berdasarkan maklumat yang diterima, tiga mangsa terlibat iaitu Mohd Firdaus Samsudin, Hazizul Zakaria dan Ruzidi Saad, kesemuanya berusia 34 hingga 44 tahun.

Sumber: BERNAMA

Artikel/Berita Terkini

TEMBIKAI BOCI TANPA BIJI SEMAKIN POPULAR

KUANTAN: FAMA Pahang membantu memasarkan lebih 200 tan tembikai jenis boci tanpa biji dan tembikai kuning hasil keluaran tujuh pekebun …
Maklumat Lanjut

LETUSAN GUNUNG RUANG: MAS KEMBALI BATALKAN PENERBANGAN ANTARA KL-SABAH

KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines (MAS) hari ini membatalkan semula beberapa penerbangan antara Kuala Lumpur dengan Sabah susulan letusan gunung berapi …
Maklumat Lanjut

KES DEMAM DENGGI MENURUN PADA ME15, SATU KEMATIAN DILAPORKAN

KUALA LUMPUR: Jumlah kes demam denggi menurun kepada 1,698 kes pada Minggu Epidemiologi ke-15 (ME15) iaitu dari 7 April hingga …
Maklumat Lanjut