PROGRAM PENANAMAN ANAK POKOK BAKAU @ BALIK PULAU

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 7: PEMBANGUNAN MAMPAN (Pemuliharaan Alam Sekitar)

Program Penanaman Anak Pokok Bakau di kawasan hutan simpan pokok bakau (berhampiran Pantai Malindo) Balik Pulau telah dijalankan pada hari ini dan dirasmikan oleh EXCO Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Perancangan Bandar dan Desa, YB Tuan Jagdeep Singh Deo a/l Karpal Singh.

Sebanyak 2022 anak pokok bakau telah ditanam pada hari ini. Sejak tahun 2018 sehingga 2021, Majlis Bandaraya Pulau Pinang telah menanam sebanyak 64,779 pokok di seluruh kawasan bahagian pulau, Pulau Pinang.

Datuk Bandar, Majlis Bandaraya Pulau Pinang, YBhg Dato’ Ar. Yew Tung Seang, menegaskan bahawa progran penghijauan ini adalah program berterusan dari semasa ke semasa demi memulihara dan memelihara alam sekitar.

Kerajaan Negeri Pulau Pinang menerusi Majlis Bandaraya Pulau Pinang merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak Pertubuhan Lestari Alam Sekitar Pulau Pinang, Malaysia Hotel Association Penang Chapters dan Jabatan Perhutanan Negeri Pulau Pinang yang telah menyumbangkan anak pokok bakau dalam program ini.

YB Tuan Jagdeep Singh Deo a/l Karpal Singh, EXCO Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Perancangan Bandar dan Desa dalam ucapan beliau amat mengalu-alukan kerjasama bilateral (dua hala) bersama agensi-agensi kerajaan, agensi korporat, swasta dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dalam program penghijauan alam sekitar.

Sumber:

Laman FB Rasmi Majlis Bandaraya Pulau Pinang

 

Artikel/Berita Terkini

MESYUARAT JAWATANKUASA KERJA KESELAMATAN NEGERI (JKKN) NEGERI MELAKA BIL 1/2024

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK Ketua Menteri Melaka, YAB Datuk Seri …
Maklumat Lanjut

PROGRAM KACAU BUBUR LAMBUK BERSAMA AGENSI KESELAMATAN (REJIMEN 514 ASKAR WATANIAH) NEGERI MELAKA

Bukit Beruang, 28 Mac – Pengarah Keselamatan Negeri, MKN Negeri Melaka, Tuan Mohd Shaiful Hizam bin Johan turun padang bagi …
Maklumat Lanjut

OPS PENGARAH MAC 2024

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan telah mengadakan Ops Pengarah yang mensasarkan pelbagai kesalahan yang dilakukan oleh pengguna jalan raya …
Maklumat Lanjut