PENINGKATAN PENIPUAN PELABURAN DI TELEGRAM

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Ketenteraman Awam)

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) mengingatkan orang ramai mengenai peningkatan mendadak penipuan pelaburan yang dipromosikan dalam aplikasi Telegram.

Sejak Januari 2022, SC telah menerima sejumlah 47 aduan dan pertanyaan mengenai skim pelaburan haram yang dipromosikan melalui Telegram.

  • Skim penipuan ini menawarkan peluang pelaburan yang tidak wujud serta menjanjikan pulangan yang sangat menarik dan bebas risiko dalam jangka masa yang singkat.
  • Skim-skim ini kebiasaannya menawarkan pulangan yang tidak realistik sehingga 1,000% dalam masa 24 jam atau beberapa jam.

Antara modus operandi yang digunakan ialah:

  • menggunakan pelbagai nama untuk menjalankan aktiviti penipuan pelaburan.
  • boleh menyamar atau mengklon perantara pasaran modal berlesen dengan menggunakan nama, logo, kelayakan, laman web dan butiran lain daripada entiti yang sah bagi mempromosikan skim haram tersebut.

Mereka juga bertindak mewujudkan kumpulan awam di Telegram bagi mempromosikan pakej pelaburan yang kebiasaannya disertakan dengan testimoni palsu dan juga diiklankan sebagai patuh Shariah.

  • Pelabur yang berminat akan diminta untuk menghantar mesej terus kepada wakil untuk memulakan pelaburan dalam pelbagai pakej yang ditawarkan.
  • Pelabur juga sering diarahkan untuk mendepositkan wang ke dalam akaun bank peribadi individu yang mendakwa mewakili entiti yang sah, dan/atau ke dalam akaun korporat yang tidak berkaitan.
  • Bagi mendapatkan kepercayaan dan menarik mangsa untuk tidak curiga, pelaku akan mendakwa bahawa entiti mereka dan/atau skim pelaburan tersebut telah diluluskan oleh pihak berkuasa kewangan.

Pelabur diingatkan supaya berhati-hati dalam menilai peluang pelaburan, terutamanya yang menjanjikan pulangan tinggi yang tidak realistik dengan risiko yang sedikit atau tiada.

Pelabur juga tidak seharusnya memindahkan wang ke dalam akaun bank peribadi seseorang jika diarahkan.

SC menggesa orang ramai untuk merujuk kepada Senarai Peringatan Pelabur SC sebelum melabur. Senarai tersebut mengandungi butiran laman web, produk pelaburan, syarikat dan individu yang beroperasi tanpa kebenaran.

Orang ramai yang mengesyaki bahawa mereka telah dihubungi oleh firma atau individu yang tidak dibenarkan dan yang menawarkan skim dengan pulangan tidak realistik boleh membuat laporan kepada Jabatan Pengguna dan Pelabur SC di talian 03-6204 8999 atau e-mel: aduan@seccom.com.my.

Sumber:

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia

Laman FB Jabatan Kastam Diraja Malaysia

 

 

 

Artikel/Berita Terkini

26 VAN SEKOLAH TANPA PERMIT DIKESAN DI NEGERI SEMBILAN

Segelintir pengusaha kenderaan sekolah dikesan menjalankan operasi tanpa permit sah, termasuk mengubah suai van persendirian menjadi van sekolah, sekali gus …
Maklumat Lanjut

HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA 2025

 Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni Tema rasmi #HKHM2025 menzahirkan tekad kerajaan untuk mendahulukan rakyat   Berteraskan nilai kemanusiaan, kesejahteraan & keadilan  Seimbang …
Maklumat Lanjut

TEMA DAN LOGO HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA 2025

DBOOK PENERANGAN | TEMA DAN LOGO HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA 2025 https://dbook.penerangan.gov.my/dbook/?product=tema-logo-hari-kebangsaan-dan-hari-malaysia-2025 #DbookPenerangan #HKHM2025 #MalaysiaMADANI #RakyatDisantuni #TaatSetia …
Maklumat Lanjut