WANITA TEMPATAN DITIPU “LOVE SCAM” KERUGIAN SEBANYAK RM3,947,000.00

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Jenayah Siber)

YDH CP Dato’ Mohd Shuhaily bin Mohd Zain, Ketua Polis Pulau Pinang telah menghadiri Sidang Media Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang di Pusat Media Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang pada 21 Mac 2022.
Dilaporkan menerusi sidang media tersebut, pada 17 Mac 2022 mangsa seorang wanita tempatan berusia lingkungan 63 tahun telah membuat laporan polis kerana telah ditipu “???? ????” dengan kerugian sebanyak Rm3,947,000.00 di kawasan Timur Laut Pulau Pinang.
Mangsa telah membuat transaksi wang sebanyak 184 kali bank transfer ke (19) akaun bank berjumlah RM9K hingga RM50K sekali transaksi. Modus operandinya saspek menyamar sebagai pekerja pelantar minyak di Negara Korea. Mereka berkenalan melalui media sosial Instagram berhubung melalui aplikasi whatsapp dan ada menghantar gambar serta video janji manis. Mangsa sedari bahawa beliau telah ditipu apabila menjumpai gambar sebenar di Facebook.

Kebiasaanya dalam penipuan Love Scam, penjenayah akan menggunakan identiti palsu untuk mencari dan mengumpan mangsa yang boleh menjadi sasaran mudah terutamanya kepada golongan berikut:

1. Wanita/lelaki belum berkahwin.
2. Wanita/lelaki yang kesunyian.
3. Wanita/lelaki yang lanjut usia dan memerlukan teman hidup.

Orang ramai adalah dinasihatkan supaya berwaspada dan mengelakkan diri dari menjadi mangsa penipuan Love Scam. Jangan memberikan sebarang informasi berkaitan maklumat peribadi atau kewangan anda kepada kawan dalam dunia maya dan segera melaporkan kepada pihak polis sekiranya ada pihak yang cuba memeras ugut wang dari anda melalui internet.

Sumber:

Laman Facebook PDRM Pulau Pinang

Laman Web Sebenarnya.My

 

Artikel/Berita Terkini

BISKUT RAYA SERENDAH RM13 SEBALANG

Pengalaman hidup susah sehingga tidak mampu membeli kuih raya pada zaman kanak-kanaknya, mendorong seorang pengusaha biskut dan kek menjual pelbagai …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐊𝐓𝐈𝐕𝐈𝐓𝐈 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐀𝐓𝐊𝐔𝐀𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐊𝐏𝐃𝐍

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Pihak KPDN …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗕𝗘𝗥𝗚𝗘𝗥𝗔𝗞 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut