MENYAMAR SEBAGAI PIHAK LHDN: TANGKAPAN JENAYAH KOMERSIL OLEH IPD BARAT DAYA

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Penguatkuasaan Undang-undang)

Barat Daya, 21 Mac 2022 – bahagian Siasatan Jenayah Komersil, IPD barat Daya telah membuat tangkapan satu (1) perempuan berusia 20’an kerana disyaki terlibat dengan penipuan menyamar sebagai pihak LHDN dan Polis.

Berdasarkan laporan yang diterima, pengadu telah menyerahkan no. TAC sebanyak (4) kali kepada individu yang menyamar sebagai Pegawai Polis. Kerugian yang dialami oleh pengadu adalah sebanyak RM10,400.

Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Pihak polis turut menasihati orang awam agar sentiasa berwaspada dan tidak mudah terpedaya dengan muslihat sindiket penipuan JUAL BELI DI LAMAN SOSIAL/PINJAMAN TIDAK WUJUD/PELABURAN TIDAK WUJUD/ TAWARAN PEKERJAAN LUAR NEGARA atau SAMBILAN/ MACAU SCAM/LOVE SCAM/ PARCEL SCAM melalui sosial media.

Pihak polis juga menyarankan supaya membuat semakan terlebih dahulu ke atas nombor akaun yang diberikan oleh suspek di Portal JABATAN SIASATAN JENAYAH KOMERSIL PDRM, melalui link https://ccid.rmp.gov.my/semakmule atau juga boleh memuat turun di APLIKASI GOOLE PLAY SEMAK MULE CCID sebelum membuat sebarang transaksi.

Sumber:

Laman Facebook Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya

 

Artikel/Berita Terkini

TEMBIKAI BOCI TANPA BIJI SEMAKIN POPULAR

KUANTAN: FAMA Pahang membantu memasarkan lebih 200 tan tembikai jenis boci tanpa biji dan tembikai kuning hasil keluaran tujuh pekebun …
Maklumat Lanjut

LETUSAN GUNUNG RUANG: MAS KEMBALI BATALKAN PENERBANGAN ANTARA KL-SABAH

KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines (MAS) hari ini membatalkan semula beberapa penerbangan antara Kuala Lumpur dengan Sabah susulan letusan gunung berapi …
Maklumat Lanjut

KES DEMAM DENGGI MENURUN PADA ME15, SATU KEMATIAN DILAPORKAN

KUALA LUMPUR: Jumlah kes demam denggi menurun kepada 1,698 kes pada Minggu Epidemiologi ke-15 (ME15) iaitu dari 7 April hingga …
Maklumat Lanjut