TANGKAPAN JUDI DAN KETUM OLEH IPD BARAT DAYA

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Penguatkuasaan Undang-undang)

Balai Polis Teluk Bahang dan Balai Polis Bayan Lepas telah menahan dua (2) lelaki berusia 20’an dan 40’an semasa menjalankan tugas Ronda Cegah Jenayah (RCJ) pada 16 Mac 2022.

Tangkapan yang dilakukan oleh Balai Teluk Bahang adalah di bawah sebuah flat di Teluk Bahang yang disyaki menjalankan aktiviti judi loteri awam haram. Dalam serbuan tersebut, pihak polis turut merampas satu unit telefon bimbit yang memaparkan angka dan nilai taruhan serta sejumlah wang yang disyaki taruhan judi.

Manakala tangkapan yang dilakukan oleh Balai Bayan Lepas pula adalah di belakang sebuah rumah di Jalan Mahkamah, Bayan Lepas. Di situ, pihak polis menemui 23 bungkusan yang disyaki air ketum.

Kes disiasat di bawah Sek 4A(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan Sek 30(3) Akta Racun 1952.

Sumber:

Laman Facebook Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya

Artikel/Berita Terkini

LEBIH 90 PERATUS MYKIOSK DI NEGERI SEMBILAN SUDAH DIISI

Lebih 90 peratus kios MyKiosk di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) di Negeri Sembilan telah diisi dengan peniaga …
Maklumat Lanjut

TEMA HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA 2025

MALAYSIA MADANI: RAKYAT DISANTUNI dipilih sebagai tema sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2025. RASIONAL TEMA Cerminan visi kerajaan …
Maklumat Lanjut

𝗝𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗕𝗘𝗥𝗜 𝗠𝗔𝗞𝗟𝗨𝗠𝗔𝗧 𝗕𝗔𝗡𝗞 𝗞𝗘𝗣𝗔𝗗𝗔 𝗠𝗔𝗡𝗔-𝗠𝗔𝗡𝗔 𝗣𝗜𝗛𝗔𝗞

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) JANGAN BERI …
Maklumat Lanjut