CAP GESA TNB BATAL CADANGAN BEKAL ELEKTRIK KEPADA PENGENDALI KRIPTO

GEORGETOWN, 18 MAC 2022 : Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Tenaga Nasional Berhad (TNB) supaya membatalkan cadangan bagi membekalkan elektrik kepada pengendali pelombong mata wang kripto. Ini kerana, ia akan memberi kesan sampingan yang serius terhadap alam sekitar, penggunaan tenaga dan pemuliharaan.

Presiden CAP, En. Mohideen Abdul Kader, berkata cadangan bagi membekalkan elektrik kepada pelombong berkenaan tersebut juga tidak masuk akal kerana ia menggunakan jumlah elektrik yang banyak.

Pada asasnya melombong mata wang kripto membabitkan rangkaian mesin khas, dikenali sebagai pelantar perlombongan yang berfungsi selama 24 jam. Pelantar dengan tiga kad grafik bagi unit pemprosesan grafik boleh menggunakan 1,000 watt tenaga atau lebih apabila ia beroperasi. Ianya diibaratkan seperti mesin basuh yang beroperasi siang dan malam bagi setiap penggunaan pelantar. Bagi melombong mata wang kripto, beratus atau beribu pelantar akan terbabit dalam satu masa. CAP berpendapat bahawa melombong mata wang kripto ini tidak sepatutnya dibenarkan.

Pada 2018, Jabatan Perangkaan Malaysia menyatakan bahawa penjanaan elektrik negara sebahagian besarnya bergantung kepada arang batu iaitu sebanyak 46 peratus dan gas asli (39.7 peratus). Ini bermakna, penjanaan elektrik tidak mesra alam sekitar sepenuhnya yang menghasilkan sejumlah besar karbon dioksida, gas rumah hijau serta menyumbang kepada pemanasan global.

Mengulas lanjut, Mohideen berkata, pengeluaran karbon dioksida menurut TNB, dijangka meningkat antara 2018 dan 2023 disebabkan ‘tambahan loji penjana elektrik gas dan arang batu yang baharu’. Dengan itu, pelepasan mutlak juga dijangka meningkat antara 2018 dan 2023, melebihi anggaran karbon.

Dijangkakan pengeluaran karbon dioksida akan meningkat lebih tinggi sekiranya TNB membenarkan pelombong mata wang kripto bagi memohon secara sah untuk mendapatkan bekalan elektrik. Pelantar perlombongan itu sendiri menghasilkan begitu banyak haba dan ini menyumbang kepada pemanasan global, sepertimana amaran kajian, peningkatan suhu lebih daripada 2 darjah celcius akan memberikan kesan bencana yang dahsyat.

TNB tidak mengambil kira masalah sisa elektronik yang ditimbulkan oleh pelantar perlombongan yang mempunyai jangka hayat purata 1.29 tahun, selain perkakasan yang rosak dan peningkatan pesat perkakasan.

Menurutnya lagi, daripada membenarkan pengendali perlombongan mata wang kripto memohon bekalan elektrik yang sah dan memberikan tarif istimewa, Malaysia seharusnya mempercepatkan pengenalan meter pintar kalis diusik di seluruh negara supaya sebarang kecurian elektrik boleh dikesan pada peringkat awal.

CAP berpendirian bahawa TNB perlu mengelakkan strategi yang tidak berpandangan jauh serta akan membawa kepada peningkatan jejak karbon Malaysia, peningkatan gas rumah hijau dan sisa elektronik.

Sumber :

Berita Harian

Artikel/Berita Terkini

MESYUARAT JAWATANKUASA KERJA KESELAMATAN NEGERI (JKKN) NEGERI MELAKA BIL 1/2024

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK Ketua Menteri Melaka, YAB Datuk Seri …
Maklumat Lanjut

PROGRAM KACAU BUBUR LAMBUK BERSAMA AGENSI KESELAMATAN (REJIMEN 514 ASKAR WATANIAH) NEGERI MELAKA

Bukit Beruang, 28 Mac – Pengarah Keselamatan Negeri, MKN Negeri Melaka, Tuan Mohd Shaiful Hizam bin Johan turun padang bagi …
Maklumat Lanjut

OPS PENGARAH MAC 2024

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan telah mengadakan Ops Pengarah yang mensasarkan pelbagai kesalahan yang dilakukan oleh pengguna jalan raya …
Maklumat Lanjut