PROSEDUR DISINFEKSI DI RUMAH

Disinfeksi merupakan salah satu kaedah yang boleh mengawal dan mencegah penularan wabak COVID 19, dengan menggunakan teknik dan bancuhan yang betul.

Teknik disinfeksi yang ditunjukkan boleh dilakukan sama ada di rumah mahupun di premis-premis.

Pastikan anda memakai alat pelindung diri sebelum melakukan disinfeksi!

Bancuhan disinfeksi adalah 1 bahagian cecair peluntur (mengandungi sekurang-kurangnya 5% kepekatan Sodium Hypochlorite) dan 9 bahagian air paip.

Lakukan disinfeksi di permukaan-permukaan yang kerap disentuh atau mudah tercemar.

Setelah selesai, pastikan anda membuang bancuhan disinfeksi dan membilas peralatan dengan air bersih serta dikeringkan. Alat pelindung diri pakai buang seperti topeng muka dan apron perlulah dibuang.

 

SUMBER: FB PEJABAT KESIHATAN WP PUTRAJAYA https://www.facebook.com/PKWPPutrajaya

Artikel/Berita Terkini

PAHANG SALUR RM1.2 JUTA UNTUK PROGRAM CELIK AL-QURAN OKU PENGLIHATAN

KUANTAN: Kerajaan negeri menyalurkan peruntukan RM1.2 juta melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi Program Celik al-Quran Braille untuk golongan orang …
Maklumat Lanjut

PENTINGKAH KEAMANAN DAN KEDAMAIAN DALAM SESEBUAH NEGARA?

Saban hari, persoalan tersebut sering bermain di fikiran setiap generasi muda yang baru hendak melangkah ke alam dewasa. Di mana …
Maklumat Lanjut

PENGETAHUAN CPR MASIH RENDAH DIKALANGAN MASYARAKAT KITA

Pengetahuan asas bantuan pernafasan kecemasan (CPR) dalam kalangan masyarakat  di negara ini masih rendah meskipun bilangan kes kematian mengejut dilaporkan …
Maklumat Lanjut