PROGRAM GAYA HIDUP SIHAT PERINGKAT IBU PEJABAT POLIS DAERAH SENTUL “LARIAN 5 KM”.

KUALA LUMPUR, 16 MAC 2022 – YDH ACP Beh Eng Lai, Ketua Polis Daerah Sentul telah hadir Program Gaya Hidup Sihat Peringkat Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul “ Larian 5 Km” di Taman Tasik Metropolitan, Kepong Kuala Lumpur.

 

Program ini dijalankan, bertujuan untuk menerapkan gaya hidup sihat dalam kalangan warga IPD Sentul dengan menganjurkan program larian santai 5 kilometer. Disamping itu, program ini juga dapat merapatkan hubungan silaturahim antara warga IPD Sentul.

 

Turut hadir, YDH Supt. Heisham bin Harun, Timbalan Ketua Polis Daerah Sentul, Ketua-Ketua Bahagian, Ketua Lokap Berpusat Kuala Lumpur, Ketua-Ketua Polis Balai, Pegawai Kanan Polis, Pegawai Rendah Polis dan Pegawai Awam Polis IPD Sentul. Program bermula jam 7.15 pagi dan telah berakhir dengan jayanya.

SUMBER: FB POLIS SENTUL https://www.facebook.com/POLIS-Sentul-335617303825435/

Artikel/Berita Terkini

MONSUN TIMUR LAUT

Tahukah anda? Musim Monsun Timur Laut lazimnya berlaku bermula bulan November hingga Mac setiap tahun dengan tiupan angin dari arah …

PATRIOTISME DI ERA SIBER

Mempertahankan negara bukan sahaja di medan nyata, tetapi juga di ruang digital. Setiap klik, perkongsian dan tindakan kita membawa tanggungjawab …

ANCAMAN SIBER: BERSATU MEMPERTAHANKAN KESELAMATAN NEGARA!

Ancaman siber bukan sekadar penggodaman akaun, penipuan dalam talian atau kecurian data. Serangan siber berpotensi mengakibatkan kerugian kewangan, kelumpuhan sistem …