MAJLIS SARINGAN TILAWAH DAN HAFAZAN AL-QURAN PERINGKAT KUALA LUMPUR TAHUN 2022

KUALA LUMPUR, 17 Mac 2022  – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah menganjurkan Majlis Saringan Hafazan al Quran Peringkat Wilayah Persekutuan dan Majlis Saringan Tilawah al-Quran Peringkat Zon Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Tahun 2022 bertempat di Dewan Syarahan Utama, Masjid Negara, Kuala Lumpur.

Majlis penutup telah disempurnakan oleh Tuan Haji Mohd Fadzil bin Abu Kasim, Timbalan Pengarah Operasi, JAWI.

Melalui Majlis Saringan Tilawah al-Quran, seramai 20 orang peserta telah terpilih menyertai Majlis Saringan Tilawah al- Quran Peringkat Zon Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Tahun 1443H/ 2022M setelah ujian tasmik dijalankan ke atas seramai 35 orang peserta.

Jemaah Hakim terdiri daripada empat orang iaitu Tuan Haji Hasim bin Harun, Tuan Haji Abdul Aziz bin Mohd Noor, Tuan Abdul Khair bin Jalil S.I.S dan Tuan Haji Karim bin Zakaria.

Seramai 6 orang peserta akan mewakili Kuala Lumpur ke Majlis Tilawah al- Quran Peringkat Negeri Wilayah Persekutuan.Mereka ialah :

*Kategori Qari*

  1. Wan Fakhrul Razi bin Wan Mohamad
  2. Dr.Khalid bin Isa
  3. Hassan AlFadli bin Abdul Rahman .

*Kategori Qari’ah*

  1. Siti Nur Ashikin binti Mohd Ahruman
  2. Rosnani binti Mohmad
  3. Khamariah Binti Yusof.

Bagi Majlis Saringan Hafazan, seramai 92 orang telah mengambil bahagian. Seramai 6 orang peserta bagi setiap kategori juzuk (1-10, 1-20 dan 1-30), telah layak dipilih menyertai Majlis Hafazan al-Quran Peringkat Negeri Wilayah Persekutuan.

Saringan Hafazan telah dihakimi oleh 4 orang Jemaah Hakim iaitu Tuan Haji Abdul Karim bin Zakaria, Ustaz Othman bin Muda, Muhammad Zaki bin Ab. Rahman dan Ustaz Ahmad Mujahid bin Salleh Sani.

Majlis Tilawah dan Hafazan al Quran Peringkat Negeri Wilayah Persekutuan bakal dilangsungkan pada September 2022 yang akan datang.

SUMBER: FB JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN – JAWI  https://www.facebook.com/JAWIWP

Artikel/Berita Terkini

TEKAN PEMATUHAN GARIS PANDUAN DAN ASPEK KESELAMATAN PEMBINAAN MENARA TELEKOMUNIKASI

KUANTAN, 25 APRIL 2024 : Keselamatan menara dan struktur sistem pemancar telekomunikasi adalah penting di mana pembinaannya perlu mengikut spesifikasi …
Maklumat Lanjut

DUA AHLI ‘GENG BEAN’ AKTIF CURI MOTOSIKAL DI KL, JUAL DI SEREMBAN TUMPAS

Polis menumpaskan ‘Geng Bean’ yang aktif mencuri motosikal dengan penahanan dua lelaki dalam serbuan berasingan sekitar ibu kota dan Seremban, …
Maklumat Lanjut

PROGRAM BUDAYA TIGA SERUMPUN 2024 TERUS PERKUKUH TIGA NEGARA

Program Budaya Tiga Serumpun 2024 menjadi platform memartabatkan Bahasa Melayu serta mengukuhkan persaudaraan antara tiga buah negara serumpun iaitu Malaysia, …
Maklumat Lanjut