LAWATAN DUTA BESAR JERMAN KE INSTITUT LATIHAN KENAF DAN TEMBAKAU (ILKT) PASIR PUTEH

Lawatan Duta Besar Jerman, Dr Peter Blomeyer ke Institut Latihan Kenaf Dan Tembakau (ILKT) Pasir Puteh, Kelantan.
Lawatan ini adalah kunjungan pertama beliau ke ILKT bagi mengenali tanaman Kenaf dengan lebih dekat. Beliau turut dibawa ke plot tanaman kenaf,demonstrasi pemprosesan bioretting dan mini pameran produk-produk kenaf.
Turut serta dalam lawatan ini ialah Ybrs. Tuan Haji Ab Aziz Ab Kadir (Pengerusi LKTN),Ybrs. Tuan Haji Idris Mohd Salleh (Ketua Pengarah LKTN) dan Ts. Mohd Fadzhel Mohd Nasir (Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan LKTN).
Semoga lawatan ini dapat membantu dan memacu LKTN ke arah yang lebih baik.Teruskan menyokong Industri Kenaf Negara?

Artikel/Berita Terkini

Projek Naik Taraf Gerai Tok Lam

Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Terengganu (ICU JPM Terengganu) bersama Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) terus komited memantau kelancaran projek menaik …

MARDI Perketat SOP Keselamatan Ladang

Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) mengambil langkah segera memperketat Prosedur Operasi Standard (SOP) keselamatan di seluruh stesen penyelidikannya …

PERANGKAAN DEMOGRAFI MALAYSIA, SUKU TAHUN KETIGA 2026

Penduduk Malaysia dianggarkan 34.4 juta pada suku tahun ketiga 2026 berbanding 34.3 juta pada suku tahun ketiga 2025 dengan pertumbuhan …