LATIHAN PERTOLONGAN CEMAS DAN CPR

Seramai 23 orang peserta dari Persatuan Pengusaha Stesen Minyak PETRON Kelantan telah berjaya menjalani latihan Pertolongan Cemas dan CPR. Kursus ini telah diadakan di Bilik Gerakan Pejabat PBSM Kelantan bermula jam 8.00pagi hingga 5.30petang.
Setiap peserta perlu mengikuti kelas teori pertolongan cemas, amali balutan anggota atas serta amali CPR. Di akhir sesi peserta menjalani ujian teori dan juga ujian praktikal balutan dan CPR.
Semoga pendedahan ini dapat membantu peserta dan juga kakitangan PETRON yang lain dalam pasukan Emergency Response Units di peringkat stesen minyak masing-masing.
Berminat untuk menjalani latihan Pertolongan Cemas, CPR dan AED? Anda boleh hubungi kami di talian 09-7435504 untuk maklumat lanjut.

Artikel/Berita Terkini

SEMAK TAKWIM JUALAN RAHMAH MADANI (PJRM)

Jangan susah hati. KPDN dah sediakan 3 cara pantas untuk semak takwim PJRM. Selain daripada portal rasmi dan aplikasi mudah …

APA ITU i-KAD?

𝙞-𝗞𝗔𝗗 adalah dokumen penting yang dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia untuk pemegang Pas Lawatan Kerja Sementara PL(KS). Kad ini diberikan …

PENGHANTARAN UBAT MELALUI POS SECARA PERCUMA BERMULA 1 OKT 2026

Kementerian Komunikasi menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) akan membantu Kementerian Kesihatan (KKM) membuat penghantaran ubat melalui pos secara percuma, …