DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025
NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Pengurusan Pandemik & Keselamatan Kesihatan)
Warga emas dinasihatk untuk mendapatkan vaksin dan dos penggalak COVID-19 sebagai perlindungan diri terutama menjelang Ramadan ini, seru Menteri Kesihatan, YB Khairy Jamaluddin.
Menteri Kesihatan itu melalui ciapan di Twitter beliau hari ini berkata pengambilan suntikan tersebut amat penting kerana pada bulan Ramadan (Puasa) dijangka ramai warga emas akan keluar ke masjid bagi menunaikan solat sunat tarawih.
โMesej ini juga penting menjelang bulan puasa. Mungkin orang tua kita tidak ke mana-mana sekarang. Tapi tiba Ramadan mereka akan beramai-ramai pergi ke solat tarawih. Elok top-up perlindungan mereka dengan booster. Kita ikhtiar dan tawakal kepada Allahโ, katanya.
Menteri Kesihatan melalui ciapannya turut memaklumkan sebanyak 105 kematiab COVID-19 dilaporkan semalam dan warga emas yang tiada vaksinasi atau dos penggalak adalah golongan yang amat berisiko tinggi.
Kapasiti hospital atau unit rawatan rapi (ICU) terkawal namun Menteri Kesihatan juga berharap agar kadar kematian turut terkawal.
Sumber: