MESYUARAT MAJLIS TINDAKAN MEMBANTERAS DADAH (MTMD) NEGERI SEMBILAN SASAR PENGHIJAUAN MUKIM AMPANGAN DAN MUKIM ROMPIN 2022

     

Mesyuarat MTMD Peringkat Negeri Sembilan Bilangan 1 Tahun telah diadakan pada 15 Mac 2022. Mesyuarat dipengerusikan oleh YAB Dato’ Seri Aminuddin YAB Dato’ Seri Haji Aminuddin Bin Haji Harun, Menteri Besar Negeri Sembilan. Turut hadir YB Dato’ Dr Razali Bin Ab Malik Setiausaha Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan, YB Ahli-ahli Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri, Yang Berusaha Tuan Sutekno Ahmad Belon, Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Dr Hadijah Binti Baba, Pengarah AADK Negeri Sembilan dan Ketua-ketua Jabatan Negeri Sembilan.

Mesyuarat memberi fokus kepada Pencapaian Strategik 2021 dan Sasaran Membanteras Gejala Dadah dan Substan 2022. Alhamdulillah Mukim Gemencheh antara 13 kawasan KBT di Malaysia yang berjaya mencapai status hijau berdasarkan kepada kriteria penghijuan Kawasan Berisiko Tinggi (KBT) penyalahgunaan dadah tahun 2021. Kejayaan ini adalah hasil kolaborasi semua pihak.

Oleh itu YAB Dato’ Seri Pengerusi menyarankan semua ketua jabatan, pemimpin masyarakat dan komuniti terus mengambil tindakan serius menggerakkan Plan Tindakan Program Penghijauan KBT Mukim Ampangan Seremban dan Mukim Rompin, Jempol yang merupakan sasaran penghijuan KBT AADK tahun ini.
Projek Felda Sungai Kelamah Bebas Dadah 2023 yang diinspirasikan oleh YAB Dato’ Seri Pengerusi pada Mesyuarat Bilangan 1 Tahun 2018 juga berjaya dihijaukan dan akan menjadi model kepada Felda lain di Negeri Sembilan.

Simbolik Penyerahan Sistem MyCare oleh YAB Dato’ Seri Pengerusi kepada Yang Berusaha Ketua Pengarah AADK setelah selesai Mesyuarat MTMD. Sistem Data ini merupakan cetusan idea YAB Pengerusi pada Mesyuarat MTMD Bilangan 1 Tahun 2021 Negeri Sembilan dan telah dibangunkan hasil kolaborasi Unit Pengurusan Teknologi Maklumat, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan dan AADK.
Moga sistem yang mengandungi maklumat klien dan significant others ini dapat membantu kepulihan klien dan kebajikan keluarga.

Kerajaan Negeri Sembilan akan sentiasa komited dalam usaha menangani masalah dadah bersama AADK bagi mencapai sasaran Dadah Terkawal 2025.

Sumber : FB AADK Negeri Sembilan

Artikel/Berita Terkini

PEMBAYARAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH (STR) FASA 1 2025 MENGIKUT KATEGORI

Kerajaan MADANI akan menyalurkan bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 2025 bermula 22 Januari 2025 kepada 8.3 juta penerima …
Maklumat Lanjut

PERKASA TUISYEN RAKYAT UNTUK PELAJAR DUN REMBIA

Rembia – Pelaksanaan Tuisyen Rakyat di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Rembia diteruskan bagi membantu kecemerlangan pelajar yang bakal menduduki …
Maklumat Lanjut

KUNJUNG HORMAT MAJLIS KESELAMATAN NEGARA NEGERI MELAKA KEPADA YB SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI MELAKA

Seri Negeri – Kunjungan hormat Encik Norazle bin Sulaiman, Pengarah Keselamatan Negeri serta pegawai-pegawai dari Majlis Keselamatan Negara Negeri Melaka …
Maklumat Lanjut