???????? ????????? ?????????? ?????? ?? ?????? ???? ???????? ?????? ??????

HULU TERENGGANU, 17 MAC 2022 –Β Β  Pasa pemulihan banjir di Hulu Terengganu masih giat dilaksanakan terutamanya menumpukanΒ  infrastruktur awam dan keidaman penduduk. Sehingga kini, keadaan di kawasan yang terjejas dilihat sudah hampir 95% dibersihkan oleh pelbagai jabatan/agensi/NGO dan orang ramai.
Bagi jalan utama ke Empangan Kenyir pula, kerja-kerja pembersihan jalan serta pembinaan jambatan sementara giat dijalankan bagi menghubungkan laluan utama ke stesen jana elektrik tersebut. Jambatan sementara – Compact Bailey 200 (CB200) yang menghubungkan ke Stesen Janaelektrik Sultan Mahmud (SJSM) di Kg Jenagor, Hulu Terengganu siap sepenuhnya pada 14 Mac 2022 dengan bantuan dari pihak Tentera Darat Malaysia dan kerajaan tempatan.
Jambatan yang dipasang sepanjang 30 meter ini bertujuan menggantikan jambatan sedia ada yang telah runtuh pada 27 Februari 2022 disebabkan tanah runtuh akibat hujan yang berterusan selama seminggu. Pemasangan jambatan ini amat penting bagi menghubungkan laluan keluar masuk pekerja
Tenaga Nasional Berhad (TNB) ke kawasan SSJM yang terputus hubungan dan terpaksa menggunakan bot sebagai alternatif.
Pemasangan jambatan di bawah Projek Jiwa Murni Tentera Darat Malaysia ini telah bermula pada 12 Mac 2022 lalu di bawah koordinasi Markas Rejimen Askar Jurutera DiRaja (MK RAJD) 2 Divisyen yang melibatkan seramai 5 pegawai dan 64 anggota dari 7 Skn RAJD berpangkalan di Kem Desa Pahlawan, Kota Bharu dengan dibantu oleh 1 Skn RAJD dan 91 Rejimen Bantuan RAJD.
Seiring dengan Nilai Teras ke-7 di dalam Dasar Keselamatan Negara 2021-2025, Pembangunan Mampan,Β  ia dilihat dapat membantu rakyat mendapatkan infrastruktur yag sempurna dan pembangunan yang selamat.Semoga usaha murni ini dapat memberikan manfaat kepada orang ramai serta dapat diteruskan ke kawasan lain yg memerlukan.

 

 

Artikel/Berita Terkini

SATU KLIK BOLEH MEMBAWA PADAH

Warga emas merupakan antara golongan yang paling kerap menjadi sasaran penipuan dalam talian. Oleh itu, marilah kita bersama-sama membantu melindungi …

NOTIFIKASI HAJI: DEPOSIT KENA CAPAI RM15,000, BERJALAN 10,000 LANGKAH SEHARI – TH

Lembaga Tabung Haji (TH) mula menghantar notifikasi peringatan kepada bakal jemaah haji musim 1448H/2027M dan 1449H/2028M supaya membuat persediaan awal …

ANTARA BENCANA DAN KEMALANGAN

🚨 Bencana atau kemalangan? Ramai masih keliru dengan perbezaannya. Hakikatnya, tidak semua kejadian dikategorikan sebagai bencana. Bencana ialah kejadian yang …