TAWARAN KERAJAAN MESIR KEPADA KOMUNITI PERNIAGAAN MALAYSIA DALAM PROJEK PEMBANGUNAN NEW CAIRO (KAHERAH BAHARU) DAN ZON EKONOMI TERUSAN SUEZ (SCZONE)

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021 – 2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 9: PENGIKTIRAFAN ANTARABANGSA (Diplomasi Ekonomi)

Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah menggesa komuniti perniagaan Malaysia memanfaatkan peluang yang ditawarkan oleh Kerajaan Mesir untuk menceburkan diri dalam projek pembangunan New Cairo (Kaherah Baharu) dan Zon Ekonomi Terusan Suez (SCZONE). Gesaan ini dibuat dalam satu sidang media bersama rakan sejawatannya dari Mesir, Sameh Hassan Shoukry selepas mengadakan mesyuarat dua hala di Putrajaya pada 15 Mac 2022. Menurut beliau, Mesir menyifatkan dua projek mega itu sebagai antara mercu tanda hebat pembangunan ekonomi Mesir dalam sejarah moden. Malaysia mempunyai potensi besar untuk menceburi sektor pembinaan, teknologi termaju, taman perniagaan, bandar pintar dan tenaga boleh baharu dalam projek pembangunan Kaherah Baharu. SCZONE pula menawarkan peluang pelaburan yang besar bagi pembangunan tanah seluas 461 kilometer persegi meliputi empat zon perindustrian dan enam pelabuhan laut, dengan jumlah pelaburan sekitar US$18 bilion.

Sumber: BERNAMA

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …